malaysiakini.com
Haspaizi Zain, Kow Gah Chie, M Fakhrull Halim & Raveena Nagotra
Diterbitkan: Mar 19, 2022 3:31 PM
PAU 2021 | Surat layang yang ditemui di hari terakhir perhimpunan agung Umno, mendakwa Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob merupakan perdana menteri paling lemah kerana tidak mampu menyelesaikan pelbagai isu.
Surat tanpa nama itu juga menggesa pilihan raya umum diadakan dengan segera supaya negara dapat diselamatkan.
Surat tersebut ditemui di atas lantai di luar koridor Pusat Dagangan Dunia (WTC), hanya kira-kira 100 meter dari pintu masuk utama sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.
Tidak jelas sama ada ia turut diedarkan kepada perwakilan Umno yang hadir.
Malaysiakini telah menghubungi Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan untuk mendapatkan repsons balas berhubung isu itu.
“Baik buat pilihan raya cepat. Tumbang dia selamatlah kita,” menurut surat tersebut.
“Ismail Sabri paling lemah antara perdana menteri Malaysia! Boneka atas pentas pun kena tolak ke tepi, ke belakang nak bagi laluan kepada Bossku (Najib Razak untuk bercakap kepada media). Nasib baik (Ismail Sabri) tak masuk longkang.
“(Dia) terbang ke Singapura, terbang ke Indonesia, terbang ke Thailand, ke Kemboja naik jet kerajaan. Semua tu makan angin,” menurut surat itu lagi.
“Sampai sekarang percaya apa (M) Saravanan (Menteri Sumber Manusia) cakap sampai negara nak tumbang sebab (orang) Bangladesh. Negara dah jadi macam negara buruh paksa. Satu pun Mail (Ismail) tak boleh selesai,” katanya.
Surat itu juga menyentuh masalah pandemik Covid-19 yang masih tidak selesai, insiden banjir kilat yang melanda negara sehingga menjejaskan kerosakan harta benda.
“Gula-gula RM10,000 berapa lama nak bertahan? Buat kita umpama kerbau dicucuk hidung - tarik jalan, tarik jalan,” menurut surat itu lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
suara.tv By Janatul Firdaus Yaacob 21/01/2025 KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) menyambut cabaran usul undi tidak percaya terhadap Perd...
-
Kenapa MP-MP Umno membisu, takut kepada DAP? Pengambilalihan saham MAHB oleh entiti asing January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Presiden Pertubuhan...
-
malaysiakini.com B Nantha Kumar Diterbitkan: Jan 21, 2025 10:48 PM Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengguna jalan raya p...
-
Berita B Nantha Kumar Diterbitkan: Jan 21, 2025 5:28 PM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan dua anak bekas perdana men...
-
harakahdaily January 21, 2025 KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia memandang serius kenyataan dikeluarkan pengasas dan penasihat Berjaya Corpor...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 21, 2025 6:57 PM Cawangan kedai runcit KK Mart yang terpalit kontroversi kerana menjual sandwic ‘ham’ seb...
-
malaysiakini.com N Faizal Ghazali Diterbitkan: Jan 21, 2025 8:11 PM PAS Perak hari ini menyatakan sokongan mereka terhadap langkah kawalan p...
-
Berita PSM: Adakah Anwar, PH minta kebenaran ketika himpunan reformasi? Diterbitkan: Jan 21, 2025 4:07 PM ⋅ Dikemaskini: 4:07 PM Susulan re...
-
bharian.com.my Rozdan Mazalan rozdan@bh.com.my PENJAGAAN kesihatan kepada pesakit diabetes wajar diberi keutamaan bagi mengelak risiko jan...
-
malaysiakini.com Diterbitkan Hari ini 5:58 pm Dikemaskini Hari ini 6:03 pm Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzah...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.