Thursday, April 14, 2022

MKT cadang, tapi bukan jaminan Ismail kekal PM, kata Tajuddin

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-April 14, 2022 9:14 PM

Tajuddin Abdul Rahman (kiri) berkata tiada jaminan Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai perdana menteri.

KUALA LUMPUR: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bukan jaminan untuk naib presiden itu kekal memegang jawatan berkenaan pada masa akan datang.

Ahli MKT, Tajuddin Abdul Rahman, berkata apa saja boleh berlaku dengan memberi contoh pilihan raya negeri (PRN) Johor apabila Hasni Mohammad yang dijadikan “poster boy” tidak dipilih sebagai menteri besar.

“Tetapi tidak ada jaminan (Ismail jadi perdana menteri) ‘poster boy’ di Johor dulu siapa? Hasni tapi tak jadi pun (MB), tapi kita doakan yang terbaiklah, kita tak mahu bersangka buruk,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-