Friday, July 1, 2022

SD sokong Anwar, Zahid tak pernah minta saya tandatangan: Annuar

agendaily.com
01/07/2022
Tan Sri Annuar Musa mendedahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada menyuruhnya menandatangani SD menyokong cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menyuruh Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menandatangani akuan bersumpah(SD) bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri (PM).

Annuar yang sebelum ini dipecat Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata Zahid mungkin mengetahui pendiriannya yang tidak menyokong Presiden PKR itu menyebabkan tidak berani menyuruhnya menandatangani SD seperti didakwa oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebelum ini.

“Mungkin dia tahu siapa Annuar Musa, siapa Anwar Ibrahim. Walaupun nama sama, tapi tak sama pendirian politik.

“Ahmad Zahid tidak pernah suruh saya (tandatangan SD), tak ada,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Annuar terdahulu melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 di Angkasapuri hari ini.

Berhubung pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak itu baru-baru ini, Annuar berkata pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat itu.

“Kalau masing-masing terus serang menyerang antara satu sama lain saya rasa mungkin ada baiknya kita tumpu kepada solidariti dan memberi perkhidmatan kepada rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya, isu yang ditimbulkan oleh Tajuddin itu juga tidak dapat dielakkan kerana setiap individu mempunyai hak menyatakan pandangan.

“Tetapi tanggungjawab kepada pimpinan pada saya mengharmonikan keadaan dan kita perlu memperkasakan parti.

Selepas dipecat sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tajuddin semasa sidang media khas pada Isnin mendakwa Zahid sebenarnya mengetuai gerakan menandatangani SD bagi menyokong Anwar sebagai PM.

Tajuddin berkata walaupun, pemimpin UMNO melaung-laungkan “No DAP, No Anwar” sebaliknya mereka menandatangani SD menyokong Anwar menjadi PM tahun lalu.

Tajuddin juga mengakui beliau adalah salah seorang yang diminta menandatangani SD kerjasama Zahid dan Anwar.

Tajuddin itu berkata terpaksa akur pada arahan dan menandatangani SD itu selepas bermasam muka dengan Zahid kerana tidak menyokong Anwar.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-