malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Aug 11, 2022 6:00 PM
Seorang pengurus bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa Tan Sri Shahrir Ab Samad menerima sekeping cek bernilai RM1 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sembilan tahun lepas.
Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, 43, yang mengesahkan perkara itu berkata cek tersebut dikeluarkan oleh Najib sendiri atas nama bekas pengerusi Felda berkenaan pada 27 Nov 2013 dan telah ‘clear’ pada keesokan harinya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Azmi pada perbicaraan kes bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
“Berdasarkan salinan penyata bank Datuk Seri Najib, baki wang untuk bulan November 2013 adalah berjumlah RM48,273,239.26 manakala baki yang tinggal pada 30 Nov 2013 adalah RM36,922,068.26.
"Pada 28 Nov 2013, terdapat pengeluaran berjumlah RM1 juta daripada akaun tersebut,” kata saksi pendakwaan ke-12 itu.
Bagaimanapun, Uma Devi berkata akaun bank milik Najib itu, yang dibuka pada 31 Julai 2013, telah ditutup pada 9 Mac 2015 atas sebab yang tidak dinyatakan.
“Baki dalam akaun tersebut bersama dua lagi akaun beliau yang lain ialah sebanyak RM103,361.17 telah dikeluarkan menerusi cek atas nama Ihsan Perdana Sdn Bhd,” katanya.
Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 5 Sept ini.
- Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 21, 2024 9:02 PM Pengerusi PN Muhyiddin Yassin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas dia enggan ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -19 Apr 2024, 12:14 PM Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 18, 2024 2:15 PM Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk m...
-
bharian.com.my Oleh Dr Mohammad Tawfik Yaakub bhrencana@bh.com.my - April 21, 2024 @ 9:01am Foto hiasan. -Foto fail NSTP Politik Selangor ...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -23 Apr 2024, 04:04 PM Wee Ka Siong berkata ahli MCA terguris dengan penghinaan pemimpin DAP. Presiden W...
-
agendaily.com 22/04/24 Nga Kor Ming. UMNO digesa membantu calon yang akan diletak DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (D...
-
hmetro.com.my Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my HELIKOPTER terhempas ketika latihan di Pangkalan TLDM Lumut...
-
freemalaysiatoday.com Shahrul Shahabudin -21 Apr 2024, 04:51 PM Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak boleh tergesa-gesa melaksanakan reform...
-
malaysiakini.com Shamz Johan, Isabelle Leong & Iqbal Harraz Diterbitkan: Apr 21, 2024 2:10 PM PKR sedang merangka langkah untuk menjadi ...
-
bharian.com.my Oleh Muhammd Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my - April 18, 2024 @ 10:42am Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Moha...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.