malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Aug 18, 2022
Selepas dua hari pendengaran, Mahkamah Persekutuan akhirnya akan mendengar rayuan terakhir bekas perdana menteri Najib Razak untuk mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta.
Malaysiakini akan membawa laporan secara langsung pendengaran ini.
9.56 pagi: Prosiding bermula.
9.40 pagi: Tiga anak Najib Razak, iaitu Norashman, Nooryana Najwa dan Mohd Nizar, dilihat berada di galeri awam menunggu pendengaran bermula.
Penyokong Najib mula berkumpul
9 pagi: Sekumpulan yang dipercayai sebagai penyokong Najib Razak, dengan kebanyakannya memakai baju putih, mula berkumpul di perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya.
Kedatangan mereka susulan undangan himpunan Enough is Enough: Justice for Najib yang mula disebarkan semalam.
Pada Isnin dan Selasa lalu, panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mendengar dua permohonan Najib.
Permohonan pertama untuk mengemukakan bukti baru dan permohonan kedua untuk menangguhkan rayuan utama kes SRC ke tiga atau empat bulan, bagi membolehkan pasukan pembelaan baru Najib membuat persediaan.
Namun, kedua-dua permohonan itu ditolak sebulat suara oleh panel hakim, yang Najib sifatkan sebagai mengejutkan dan sangat mengecewakan.
Panel hakim Mahkamah Persekutuan dalam pendengaran ini adalah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan dan Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Pasukan pembelaan Najib - yang turut merangkumi peguam veteran Hisyam Teh Poh Teik - dijangka memberikan penghujahan pertama, sebelum disusuli penghujahan balas pendakwaan yang diketuai DPP V Sithambaram.
Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan peguam agar ia ditangguhkan sementara menunggu rayuan.
Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.
Selain bekas perdana menteri dan menteri kewangan, dia juga pernah menjadi penasihat emeritus SRC dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Ahmad Johari Mohd Ali bhnews@bh.com.my Oktober 30, 2024 @ 10:42am Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta. - Foto ...
-
bharian.com.my Oleh Ahmad Johari Mohd Ali bhnews@bh.com.my Oktober 30, 2024 @ 10:07am Najib Razak diiringi pegawai Penjara ketika hadir ke...
-
mediaprima.com.my Raja Noraina Raja Rahim dan Suraya Roslan am@mediaprima.com.my - Oktober 30, 2024 @ 8:51am Dr Mahathir (kiri) dan Najib....
-
PAS TELUK INTAN MERANCANG MEMBINA SEBUAH KOMPLEKS TELUK INTAN, 1 Februari - Perkembangan semasa memerlukan PAS Kawasan Teluk Intan memp...
-
agendaily.com 18/08/2022 Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Muhammad Rafique Rashid Ali. - Gambar Bernama Seorang peguam bela dan...
-
freemalaysiatoday.com Nora Mahpar 26 Oct 2024 Lau Zhe Wei dari UIAM berkata Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook juga dijangka ambil pendekat...
-
hmetro.com.my Muhamad Lokman Khairi am@hmetro.com.my Kediaman dan tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semar...
-
bharian.com.my Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarshita@bh.com.my Oktober 29, 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Fot...
-
harakahdaily.net October 29, 2024 Photo used for illustration purposes only. KUALA LUMPUR: Adakah rakyat bersedia dengan rasionalisasi subs...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah & Alyaa Alhadjri & N Faizal Ghazali Diterbitkan: Oct 23, 2024 8:40 PM Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer,...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.