Saturday, August 27, 2022

PKR bersedia walau PRU15 bulan depan, kata Anwar

malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Aug 27, 2022 7:22 PM
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu sedia untuk berdepan PRU15 walaupun jika ia dilaksanakan seawal bulan depan.

Ia selepas timbul spekulasi Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi, selepas pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober ini, kira-kira tiga minggu lebih awal daripada jadual asal.

Dalam ucapannya di depan lebih 3,500 anggota parti di Konvensyen PRU15 PKR di Shah Alam hari ini, Anwar berkata parti sedang merangka strategi dan pendekatan baru bagi PRU akan datang.

"Inilah satu-satunya parti di negara ini di mana kepimpinan diwakili dua generasi.

"Kalau orang tanya 'Anwar, seandainya kamu pergi dahulu...apakah kamu yakin parti dan perjuangan ini di tangan (orang yang) cekal dan berwibawa dengan prinsip perjuangan', saya jawab 'ya'," katanya.

Anwar berpesan bahawa anggota parti perlu yakin dan mereka tidak akan dapat menang dalam PRU15 jika bertindak secara defensif.

"Kita di landasan yang betul. Masa depan negara ini terletak pada Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban.

"Jika anda tak yakin dengan perkara ini, kita tidak akan berjaya," katanya lagi.

[Berita lanjut menyusul]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-