Sunday, September 25, 2022

PH berhaluan kiri, mentaliti UMNO pula rasuah, kleptokrasi: Wan Saiful

agendaily.com
25/09/2022
Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Pakatan Harapan (PH) adalah gabungan parti-parti yang mendukung ideologi berhaluan kiri, dengan DAP dan PKR melaungkan agenda berteraskan sosialisme.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata ini jelas terbukti apabila DAP hingga ke hari ini, sistem perkaderannya mesti melalui DAP Socialist Youth.

“Agenda kiri yang mereka bawa amat tidak sesuai untuk negara kita yang diasaskan oleh Tunku Abdul Rahman dengan prinsip kebebasan dan keadilan sebagai terasnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Taklimat Tertutup Penggerakan Jentera Pilihan Raya dan Perbincangan Isu-Isu Semasa di Bahagian Bersatu Lembah Pantai, hari ini. Ucapan beliau turut disiarkan menerusi laman Facebooknya

Hadir sama, Ketua Bahagian Bersatu Lembah Pantai, Ir Zainal Ariffin Osman.

Menurutnya agenda kiri yang mereka bawa amat tidak sesuai untuk negara kita yang diasaskan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman dengan prinsip kebebasan dan keadilan sebagai terasnya.

Wan Saiful berkata keadaan ini membuka ruang untuk Bersatu meletakkan keduduka parti sebagai parti pertengahan kanan (centre right).

“Ekonomi berteraskan perdagangan dan perniagaan. Sosiopolitik berteraskan konservatisme yang berpegang dengan agama dan adat tatasusila kita sebagai orang Timur.

“Dan penjagaan kebajikan rakyat berdasarkan semangat kekeluargaan dan kemakmuran yang dikongsi bersama oleh warga pelbagai kaum dan agama,” katanya lagi.

Oleh itu, Wan Saiful berkata Bersatu perlu memastikan parti itu mempunyai tawaran yang jelas untuk rakyat bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, bercakap mengenai keburukan atau kelemahan orang lain belum cukup untuk bawa kemenangan kepada partinya.

“Sebaliknya, Bersatu mesti jelaskan apa yang kita tawarkan yang berbeza dengan orang lain. Dan sebenarnya memang ada pembeza yang jelas,” katanya.

Mengenai UMNO, Wan Saiful berkata parti itu telah menjadi sebuah parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi semata-mata.

“Fokus mereka masih lagi merompak harta rakyat. Ini disebut jelas oleh (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi apabila dia menggesa supaya orang UMNO “ambil mana-mana yang sempat” semasa ada kuasa.

“Mentaliti rasuah dan kleptokrasi mengakar kukuh dalam UMNO,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-