Wednesday, September 28, 2022

Sumber: Pertemuan Zahid, Hadi buka ruang kerjasama semula

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 28, 2022 5:48 PM
Pertemuan di antara Abdul Hadi Awang dengan Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menjadi tempat pemimpin Umno terbabit menyatakan perasaan Umno terhadap PAS.

Sumber dalaman Umno menjelaskan pertemuan presiden Umno dan presiden PAS berkenaan hanya berlangsung di sebuah restoran di Bangi, Selangor.

Katanya antara isu yang dibangkitkan Ahmad Zahid ialah tegurannya terhadap sikap PAS 'bermain dua kolam' dalam langkah politik mereka.

"Pertemuan mereka itu membincangkan soal untuk memperkukuhkan kerajsama PAS-Umno, tetapi gagal mencapai kata sepakat.

"Ahmad Zahid turut meluah perasaannya yang tidak senang terhadap tindakan PAS sebelum ini," katanya kepada Malaysiakini.

'Bermain dua kolam' itu merupakan kata senda pengkritik terhadap PAS ekoran langkah parti terbabit memeterai piagam Muafakat Nasional dengan Umno ketika kedua-dua parti menjadi pembangkang, sebelum menyertai Perikatan Nasional (PN) yang dipelopori Bersatu selepas mereka menjadi kerajaan.

Bersatu kini merupakan salah satu musuh utama Umno. Untuk rekod Bersatu ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin kanan Umno yang keluar dari parti itu - sama ada atas kemahuan sendiri, digantung keahlian atau dipecat - menjelang pilihan raya umum (PRU) lalu.

Tentukan hala tuju parti

Kata sumber terbabit, turut disentuh dalam perbincangan Abdul Hadi dengan Ahmad Zahid ialah mengenai kemungkinan pertembungan kerusi dengan Bersatu.

"Namun tidak jelas apa yang dibincangkan mereka," katanya.

Pun begitu, tambah sumber itu, apa yang positif ialah pertemuan tersebut membawa kepada keputusan Umno mengarahkan tentera sibernya berhenti seketika daripada menyerang PAS.

Hal itu turut disahkan seorang lagi sumber dalaman Umno kepada Malaysiakini.

Katanya walaupun tiada sebarang ketetapan atau keputusan muktamad dicapai dalam pertemuan berkenaan, selepas itu Umno mengarahkan menghentikan terhadap PAS digantung buat sementara waktu.

"Langkah tersebut dipercayai terhasil daripada pertemuan itu apabila PAS menyatakan hasrat mereka mahu melihat kerjasama dengan Umno kembali utuh," katanya.
Gambar dirakam semasa Abdul Hadi bertemu Muhyiddin
Pertemuan Abdul Hadi dengan Ahmad Zahid itu menjadi perhatian ramai selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) menyatakan dia akan meminta penjelasan daripada PAS.

Semalam Malaysiakini melaporkan, Abdul Hadi mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin pula. Bagaimanapun menurut Muhyiddin, Abdul Hadi memaklumkan tiada sebarang ketetapan atau keputusan dicapai dalam pertemuannya dengan Ahmad Zahid.
Muhyiddin turut memaklumkan PAS memberi bayangan bahawa mereka akan membuat keputusan mengenai hala tuju parti terbabit bersama PN dalam masa terdekat.

Ia berlaku ketika wujud pertentangan pendirian di antara Bersatu dan PAS - walaupun kedua-duanya menjadi parti utama PN - berhubung sikap mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Muhyiddin sudah mengisytiharkan bahawa musuh utama PN dalam PRU ke-15 ialah BN, namun ia disanggah secara terbuka dan berkali-kali oleh PAS.

Untuk rekod Umno-BN pula sebelum ini turut menegaskan pendirian mereka untuk bergerak secara sendirian di sebalik piagam Muafakat Nasional yang dimeterai dengan PAS pada 14 Sept 2019.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-