malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Sep 28, 2022 1:52 PM
Tiada red flag (tanda amaran) dikeluarkan berhubung pemindahan keluar AS$620 juta (RM2.03 billion) daripada akaun Najib Abdul Razak pada 2013, kata pengurus AmBank Jalan Raja Chulan R Uma Devi.
Kata saksi ke-37 pihak pendakwaan, ia menjadi sebab kenapa transaksi melibatkan bekas perdana menteri itu tidak diberhentikan.
Dia berkata demikian ketika memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah RM2.28 billion 1MDB melibatkan Najib sebagai bekas menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat syarikat pelaburan negara itu.
Uma Devi berkata demikian semasa soal balas oleh peguam bela Wan Aizuddin Wan Mohammed.
Saksi berkata pemindahan keluar wang pada Ogos 2013 itu tidak mencetuskan amaran pengubahan wang haram yang ditetapkan oleh Bank Negara.
Uma Devi, berdasarkan sistem sebelum ini, sistem pencetusan itu mengambil kira jumlah dan tujuan transaksi dan pendedahan pemegang akaun berkaitan tujuan pemindahannya.
“Saksi memberikan keterangan berdasarkan dokumen-dokumen di cawangan bank itu sehingga 2015. Dia hanya dipindahkan ke cawangan itu pada tahun lepas.)
Ketika Aizuddin bertanya sama ada bank akan memaklumkan kepada pelanggan jika tanda amaran dicetuskan, Uma Devi berkata tidak tetapi bank akan menyiasatnya.
Wan Aizuddin: (Pemindahan keluar) AS$620 juta itu tidak diberhentikan?
Uma Devi: Tiada tindakan utnuk berhentikannya (berdasarkan rujukan dokumen bank di tangannya).
Prosiding di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah akan bersambung petang ini.
Najib sedang dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
بِسْــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم MUNGKIN ANDA SECARA TIDAK SADAR TELAH MENGKONSUMSI BABI? Bagi orang muslim h...
-
Wak heran juge kenape Kongres Melayu Pulau Pinang ni terlalu sibuk dengan status quo 20 anggota jawatankuase DAP Pulau Pinang. DAP tu memang...
-
Oleh Shahbudin Husin Saya terpanggil untuk menjawab tulisan Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee yang mempertahankan tindakan is...
-
Fenomena ini lah yang sangat mrnakutkan pemimpin2 UMNO. Tidak pernah dalam sejarah politik tanah air kite kaum kafir menyokong sebuah ...
-
photo hiasan Lembu korban terkorban Ber ribu2 ekor lembu telah terkorban pada hari raya pertama kedua dan ketiga. Tidak kurang pula warg...
-
Wak hairan, kenape pemimpin2 Pakatan Rakyat tidak pernah menyedari mengape sebab2 nye parti itu tewas pade PRU13 yang lepas. Sebenar nye ...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.