Friday, September 30, 2022

Umno: PM akan persembah tarikh bubar parlimen pada Agong

malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 30, 2022 11:07 PM
Umno telah membuat ketetapan agar parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan Piihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan pada tahun ini, kata setiausaha agungnya, Ahmad Maslan.

Justeru katanya, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahnkan cadangan tarikh pembubaran parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Keputusan Mesyuarat ini adalah berasaskan pendirian konsisten Umno sejak dari awal untuk memulangkan mandat rakyat yang tertangguh akibat Pandemik Covid-19 setelah runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan kerana persengketan dalaman politik sesama mereka," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Ahmad Maslan berkata demikian ketika mengumumkan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang diadakan di ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur malam ini.

Sehubungan itu, katanya, semua jentera parti di setiap peringkat diarahkan memuktamadkan segala persiapan yang telah dibuat sebelum ini bagi memasuki fasa pembubaran parlimen sehinggalah tarikh PRU15.

“Umno percaya hanya dengan mengembalikan hak rakyat bagi membolehkan mandat sebenar diperolehi, maka sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk bagi memulihkan negara khususnya dalam aspek ekonomi yang berkait rapat dengan soal kesejahteraan hidup mereka, di samping beberapa usaha pembaharuan institusi ke arah mewujudkan tadbir urus yang lebih baik buat negara,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-