malaysiakini.com
Isabelle Leong
Diterbitkan: Oct 30, 2022 8:12 PM
Isu pertembungan di DUN Changkat Jong di Perak, di mana kedua-dua DAP dan Amanah telah mengumumkan calon mereka, boleh dikatakan telah selesai.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata kepimpinan tertinggi gabungan itu telah mencapai konsensus agar kawasan itu ditandingi calon DAP dalam PRU15.
"Amanah dan DAP minta kerusi itu kira-kira 10 hari lalu. Di peringkat negeri, (kedua-dua parti) ada pandangan dan hujah masing-masing.
"Amanah beri hujah agak kuat untuk pertahan Changkat Jong. Tetapi selepas lihat semua (aspek), keputusan konsensus pimpinan PH adalah berikannya kepada DAP," katanya kepada pemberita di Chemor, Perak hari ini.
Dua hari lalu, Amanah mengumumkan akan mencalonkan Muhaimin Sulam di Changkat Jong. Beberapa jam kemudian, DAP pula mengumumkan calonnya iaitu Badrul Hisham Badarudin.
Muhaimin yang merupakan naib pengerusi Amanah Perak kemudian berkata dia menerima surat daripada Mohamad yang mengesahkan pencalonannya di DUN Changkat Jong.
Namun Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mendakwa presiden Amanah itu setuju bahawa DAP akan bertanding di situ.
Sementara itu, Anwar menafikan bahawa pertembungan itu menandakan ada keretakan dalam PH.
"Perlu masa satu, dua hari untuk mereka faham keputusan, seperti apa yang berlaku di Jerai (pertukaran kerusi antara Amanah dan DAP).
"Hujah Amanah dikemukakan kepada majlis presiden.
"Akhirnya, kita perlu putuskan dan rujuk majlis presiden...Jadi saya tak fikir ada masalah," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Sepatutnya perkara ini tidak timbulkan perbalahan pendapat sesama sendiri. Nazri sepatutnya tidak perlu layan orang tua ini. Sepatutnya o...
-
Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
-
Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
-
Kalaulah perkara ini berlaku di negara lain, sudah pasti ada berlaku pergaduhan hingga sampai ber bunuh2 han. Yang pasti ianya tidak mungki...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
-
Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.