malaysiakini.com
Raveena Nagotra
Diterbitkan: Oct 11, 2022 8:46 AM
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata pembubaran parlimen adalah cara terbaik untuk bergerak ke hadapan memandangkan kedudukan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri sudah tidak dapat dipertahankan.
Tanpa menyebut nama, dia berkata ini berlaku apabila sekutu Umno dalam kerajaan Ismail mengisytiharkan parti itu dan gabungan Barisan Nasional sebagai musuh utamanya.
“Umno berpendirian pembubaran Parlimen adalah merupakan jalan terbaik, memandangkan wakil parti-parti yang membentuk kerajaan campuran sebelum ini makin jelas tidak memperlihatkan solidariti terhadap Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), dalam mentadbir negara.
“Malah mengisytiharkan Umno dan BN (Barisan Nasional) sebagai musuh utama, hanya lebih menzahirkan tiadanya kepercayaan dan rasa hormat kepada Umno yang menerajui kerajaan,” katanya yang membaca kenyataan media selepas Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ini mungkin merujuk kepada pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang mengisytiharkan perang terbuka terhadap BN pada PRU15.
Terdapat 31 menteri dalam kabinet perdana menteri Ismail Sabri, dengan 13 daripada BN, 12 daripada PN, empat daripada Gabungan Parti Sarawak, dan masing-masing seorang daripada Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Bangsa Malaysia.
12 menteri PN itu terdiri ahli Bersatu dan PAS pada minggu lepas memohon Agong untuk tidak membenarkan pilihan raya sepanjang tahun ini kerana risiko banjir.
Kedua-dua gabungan BN dan PN kini akan menjadi saingan pada PRU15.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad bagaimanapun menafikan partinya PAS membangkitkan isu menarik balik sokongan kepada kerajaan.
Terdahulu, Ismail Sabri dalam Perutusan Khas sempena Pembubaran Parlimen Ke-14 memaklumkan, dia telah menghadap dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tengah hari semalam, bagi menyembah warkah mengenai permohonan pembubaran Parlimen Ke-14.
Ahmad berkata Umno turut menjunjung kasih perkenan Al-Sultan Abdullah membubarkan Parlimen Ke-14.
“Umno menghormati titah Tuanku, bahkan berpendirian serupa bahawa negara tidak boleh dibiarkan berterusan berada dalam keadaan politik tidak menentu, bahkan perlu mengembalikan mandat kepada rakyat untuk mereka memilih sebuah kerajaan, yang dapat menjamin kestabilan serta kemakmuran negara,” katanya.
[Baca berita asal]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Sebenar nye Wak tak layak terima BR1M ni, sebab jika kira pencen dan gaji isteri yang masih bekerja melebihi RM3000. Wak heran juga kenapa b...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
satuberita.my By Admin -June 2, 2023 Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN AHLI Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menganggap Datuk Seri Anwar...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 3, 2023 8:53 AM Anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi membalas teguran Setiausaha Agung...
-
satuberita.my By SatuBerita -May 29, 2023 WALAUPUN pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri dijangka sengit, namun silent protest (protes s...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.