Friday, October 28, 2022

Muhyiddin sedia debat calon PM

malaysiakini.com
Diterbitkan: Oct 28, 2022 4:22 PM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata dia bersedia untuk berdebat dengan mana-mana calon perdana menteri akan datang.

Kenyataan itu hadir selepas pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim mencadangkan debat antara calon perdana menteri daripada tiga gabungan utama yang akan bersaing pada pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Muhyiddin berkata dia tidak mempunyai masalah dengan cadangan itu, dengan syarat tujuan debat itu tidak termasuk sebarang muslihat daripada mana-mana pihak.

"Saya tiada masalah untuk debat atau dialog.

"Kalau penganjur jemput secara rasmi, (debat) itu sesuai, tidak timbul reaksi tidak elok dan dibuat secara adil, saya tiada masalah," katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Muhyiddin berkata dia boleh membincangkan isu berkaitan pemulihan negara, ekonomi dan pendidikan serta isu antarabangsa dalam debat itu.

Tegasnya, debat itu mestilah bukan untuk tujuan lain selain membincangkan isu-isu penting untuk kepentingan negara.

Selain Anwar dan Muhyiddin, calon perdana menteri lain adalah daripada BN, iaitu perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail sebelum ini menolak cabaran debat daripada Anwar, mengatakan bahawa debat sebegitu bukan budaya politik Malaysia dan tidak akan membawa manfaat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-