Friday, October 28, 2022

Pengundi ‘putih’ UMNO, BN sedar parti dipimpin individu korup

agendaily.com
28/10/2022
Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Pengundi tradisi UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah mengetahui bahawa gabungan parti itu sebenarnya dipimpin oleh individu yang korup, kata Timbalan Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Sehubungan itu, beliau yakin bahawa lebih ramai pengundi ‘putih’ UMNO akan beralih arah atau sokongan kepada PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November depan.

Menurutnya selagi mana pengundi tradisi ini tahu bahawa UMNO dipimpin oleh orang-orang yang korup dan didakwa di mahkamah, maka nasib orang Melayu takkan terbela.

“Sebab bila mereka bagi amanah kepada pemimpin yang korup ini, dia khianat. Jadi saya yakin PN dan Bersatu untuk PRU-15 ini, mampu memberi saingan sengit kepada UMNO dan BN,” katanya ketika menjadi ahli panel dalam Agenda Awani ‘PRU15: Tiga Penjuru BN-PN-PH, Anak Muda Pilih Mana?’ yang disiarkan di Astro Awani pada semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan 19 November depan sebagai hari pengundian bagi PRU-15 serentak dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) N66 Bugaya, Sabah.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan penamaan calon ditetapkan pada 5 November.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal mendedahkan, naratif atau tema ‘Prihatin Rakyat’ akan diulang dan diperkasakan untuk menjadi satu tawaran yang terbaik oleh PN pada PRU-15 ini.

“Anak muda yang terkesan, kita sedar rintihan mereka (tentang) pekerjaan, pendidikan, perumahan (dan) semua isu-isu asas ini.

“PN ada jawapannya. Insya-Allah saya yakin minggu depan akan ada penjelasan tentang manifesto tersebut,” katanya.

Beliau juga berkata penyertaan PAS dalam PN membentuk adunan yang lebih seimbang untuk dipilih rakyat sebagai kerajaan.

Jelasnya, PAS itu sendiri terdiri daripada gabungan golongan agamawan dan profesional yang mana diyakini dapat memperkukuhkan perjuangan PN.

“Jadi saya yakin gabungan teknokrat dengan para ulama dalam kepimpinan Pas dan Bersatu dalam PN, kita ada adunan yang cukup baik, tawaran yang cukup menarik dan seimbang bagi saya, dunia dan akhirat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-