Tuesday, October 4, 2022

PAS jawab tuntutan UMNO supaya tinggalkan PN

agendaily.com
04/10/2022
Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin.

Selepas UMNO meletak syarat supaya meninggalkan Perikatan Nasional (PN), Datuk Hashim Jasin tampil memberi jawapan kepada permintaan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu memberi syarat PAS perlu keluar daripada PN jika mahu bekerjasama pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), bagaimanapun Mursyidul Am PAS itu berkata kedua-duanya sama penting dan tidak boleh memilih salah satu sebaliknya mahu kerjasama dijalinkan sesama parti tersebut.

“Sama juga dengan Bersatu atau UMNO, dua-dua itu sama sahaja, jawapan dia kita nak dua-dua sekali, tetapi kedua-dua suruh pilih antara satu, dia minta begitu tetapi kita pun ada permintaan juga, sama-samalah meminta.

“Kalau dia boleh minta dekat kita supaya pilih salah satu, suruh mereka (UMNO) pilih dua-dua (PAS dan Bersatu) sekali kalau tidak, tak bermakna agenda perpaduan ummah ini.

“Kita tetap dengan pendirian nak kedua-dua sekali, dia (UMNO) tidak mahu itu dia punya pasal,” katanya dipetik laporan FMT.

Terdahulu, Zahid meminta PAS menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan dengan secepat mungkin.

Zahid mengesahkan beliau bertemu dengan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan berbincang mengenai beberapa perkara dasar, sebelum membentangkannya kepada biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Keputusan MT ialah mengabsahkan jika PAS mahu bersama-sama dengan kita (UMNO) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah kita tetapkan.

“Tanpa memenuhi syarat-syarat itu maka kami (UMNO) akan bergerak secara solo. Bukan kami terlalu yakin tetapi kami yakin bahawa selepas mereka tentukan, kita mesti bergerak mengikut kaedah-kaedah peperangan bagi menghadapi pilihan raya. Secara tersendiri.

“Tetapi jika mereka mahu bersama-sama dengan UMNO dan BN (Barisan Nasional) mereka bebas untuk menggunakan lambang parti mereka, tetapi kita boleh bertoleransi untuk menjalin kebersamaan jentera bagi menghadapi pilihan raya,” katanya pada sidang media.

Pada 2 Oktober lalu, Zahid berkata UMNO meletakkan tiga syarat kepada PAS dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi PRU-15.

Tiga syarat berkenaan ialah:

1. PAS perlu keluar daripada gabungan PN;
2. Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
3. Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik         politik.

Zahid berkata syarat itu telah disampaikan kepada Abdul Hadi dalam pertemuan baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-