Saturday, October 29, 2022

Pengundi perlu lihat rekod bersih, amanah pentadbiran PN

agendaily.com
29/10/2022
Perikatan Nasional menawarkan sebuah kerajaan bersih dan stabil kepada rakyat melalui kepimpinan yang berintegriti serta amanah.

Perikatan Nasional (PN) bersepakat untuk menawarkan sebuah kerajaan yang bersih dan stabil kepada rakyat melalui kepimpinan yang berintegriti.

Ketua Penerangan PAS Ir Khairil Nizam Khirudin berkata komitmen tersebut dibuktikan dengan menapis semua latar belakang calon yang akan mewakili PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

“Setiap calon wajib mendapat pengesahan Majlis Syura Ulama, berbaiah (janji setia) dan bersumpah dengan nama Allah SWT untuk tidak mengkhianati amanah sebagai pemimpin,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau hari ini (29 Oktober 2022).

“Rekod bersih pentadbiran di tiga negeri bawah pimpinan PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah serta beberapa kementerian membuktikan PAS mampu mewujudkan kepimpinan yang prihatin pada rakyat dan bersih daripada rasuah.”

Sehubunga itu beliau menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan kepercayaan kepada PN bagi mentadbir Malaysia dengan mengundi calon gabungan itu dalam PRU-15 demi membentuk sebuah negara yang bersih dan stabil.

Sebelum ini, Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan sudah ada wakil negeri yang mengintai peluang membentuk kerajaan bersama gabungan itu selepas PRU-15.

Namun beliau yang juga Presiden Bersatu enggan mendedahkan butiran lanjut.

“Ada datang seorang wakil daripada sebuah negeri, saya rasa tidak usah sebut di sini. Wakil itu menyatakan komitmen untuk membantu dan menyokong kita bentuk kerajaan,” katanya.

Tegasnya, demi membentuk kerajaan PN perlu memenangi lebih 112 kerusi Parlimen pada PRU-15 nanti.

“Kita akan bertanding mungkin lebih daripada 130 kerusi, saya tak ingat tapi jumlah kerusi yang perlu dimenangi mestilah lebih 112 kerusi.

“Kami yakin ada gelombang dalam sehari dua nanti di mana gelombang itu akan menyebabkan BN kalah teruk. PN akan pastikan Malaysia dibersihkan daripada sampah politik yang dibawa BN. Kita tidak boleh terima lagi amalan rasuah,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-