Monday, October 24, 2022

Selepas Anwar takut lawan anak murid, Kit Siang gesa PH sokong Tawfik jadi calon

agendaily.com
24/10/2022
Lim Kit Siang menyokong Dr Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk.

Hasrat pengasas bersama Gerak Independent, Dr Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail untuk bertanding di kerusi Bagan Datuk mendapat sokongan veteran DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang memberi sokongan kepada anak mantan Timbalan Perdana Menteri semasa era Tun Abdul Razak itu selepas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk bertanding di Tambun dan bukannya di Bagan Datuk bagi melawan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam kenyataannya, orang kuat DAP itu berkata, langkah itu membuka peluang bagi Pakatan Harapan (PH) menekankan perjuangannya menentang rasuah dan memastikan mereka yang dituduh di mahkamah akan terus berdepan keadilan.

“Ini menjadi cara terbaik untuk mengetengahkan tema Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) – iaitu memastikan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak terlepas daripada didakwa di mahkamah kerana rasuah dan dihantar ke penjara,” kata Lim dipetik media.

Semalam, Tawfik berkata, beliau bertemu beberapa pemimpin kanan PH dan menyampaikan permintaannya, berharap mendapat maklum balas positif tidak lama lagi. Beliau berharap dapat bertemu Pengerusi PH Anwar Ibrahim dengan segera.

“Walaupun saya bertanding sebagai ‘calon rakyat’, bertanding bawah panji PH adalah ideal kerana saya menyahut cabaran besar,” katanya dipetik portal.

Tawfik, anak kepada timbalan perdana menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman, ialah bekas Ahli Parlimen Sungai Benut daripada UMNO.

Disember lepas, beliau dan peguam-aktivis Siti Kasim mengumumkan pelancaran Gerak Independent bertujuan mempromosikan calon bebas menjelang PRU-15.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-