Saturday, November 12, 2022

‘BN akan kerjasama dengan parti mana untuk tubuh kerajaan? DAP?’

agendaily.com
12/11/2022
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada sembang santai bersama penduduk Kundang Ulu, Parit Raja Gersik, hari ini (12 November 2022).

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) tidak akan memenangi cukup kerusi untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, menyebabkan UMNO terpaksa berunding dengan gabungan parti lain dalam usaha membentuk kerajaan campuran.

Gabungan itu, katanya di hadapan beberapa ratus penyokong di sini, mungkin Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, katanya mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini adalah sama dengan memberi undi kepada DAP.

“Dia kata dia tidak mahu bersekongkol dengan Perikatan Nasional kerana Bersatu. Jadi itu bermakna dia lebih suka bersekongkol dengan siapa? Tuan-tuan dan puan-puan… PH,” katanya merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Dan tuan-tuan dan puan-puan anda tahu siapa dalam PH? DAP,” tambah Muhyiddin lagi.

DAP adalah ahli komponen PH yang diketuai kebanyakannya oleh etnik Cina, tetapi menambah jumlah beberapa calon Melayu dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyambut baik kajian mengenai sokongan orang Melayu terhadap Perikatan Nasional yang semakin meningkat.

Beliau berharap peningkatan itu akan berterusan sehingga 70 peratud hingga 80 peratus supaya dapat membentuk Kerajaan Persekutuan.

“Yang penting kita sudah tahu ada peningkatan. Namun kita tidak boleh buat kesimpulan sekarang. Yang penting tunggu hingga 19 November ini,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mewakili Perikatan Nasional meminta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kenyataan pengundi “masuk api neraka” jika memilih BN atau PH.

Beliau berkata, seharusnya semua pemimpin Perikatan Nasional perlu mengelakkan mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana boleh menimbulkan salah faham.

“Tak apalah saya fikir mereka sudah mengetahui penjelasannya. Saya tidak berapa gemar buat kenyataan seperti itu. Yang penting elakkan kenyataan boleh timbulkan salah faham dalam kalangan pengundi,” katanya selepas menghadiri program santai anak muda Johor di Dewan Terbuka Taman Sri Penggaram.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-