Monday, November 14, 2022

Gelombang rakyat: Hadi yakin PN akan tawan Perlis, Pahang

malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 14, 2022 11:28 AM
Susulan gelombang baru sokongan rakyat selepas meletakkan bekas pemimpin Umno yang digugurkan daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yakin Perikatan Nasional (PN) mampu menang di kedua-dua negeri itu.

“Dia (Umno) cantas, kami ambil peluang. Yang dia cantas, kita ambil sebagai calon. Shahidan Kassim (di Perlis), Ismail Muttalib (di Pahang).

“Kita turun (jelajah) di Perlis, dah ada gelombang, bila kita buat begitu.

“Nampak gelombang ini menunjukkan kemungkinan kita boleh ambil Perlis,” kata Hadi yang dipetik oleh portal Harakahdaily, hari ini.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN. Pada PRU14, BN menangi 10 kerusi manakala PH memegang tiga kerusi dan PAS dua kerusi.
Shahidan yang tidak dicalonkan Umno / BN kali ini akan bertanding sebagai calon PN di kerusi parlimen Arau manakala seorang lagi hulubalang Umno, penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin pula akan bertanding di DUN Titi Tinggi.
Mengenai di Pahang pula, Hadi berkata PN memerlukan lapan kerusi iaitu empat kerusi yang sudah dijangka berpihak kepada gabungan itu manakala empat kerusi lagi adalah milik BN yang dimenangi dengan majoriti tipis.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi. Pada PRU14, BN memenangi 25, PAS lapan, manakala PH sembilan.

Ismail yang memegang kerusi Parlimen Maran selama empat penggal ketika bersama Umno kini bertanding di bawah tiket PN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-