Sunday, November 27, 2022

MB kerajaan DAP-UMNO pula cuba tipu rakyat Perak, akar umbi parti

agendaily.com
27/11/2022
ADUN Kota Tampan Datuk Haji Saarani Mohamad gembila mendapat kerusi Menteri Besar kerajaan DAP-UMNO Perak.

Menteri Besar kerajaan DAP-UMNO Datuk Seri Haji Saarani Mohamad, mendakwa beliau terpaksa membentuk kerajaan negeri segera bersama Pakatan Harapan (PH) selepas Perikatan Nasional (PN) cuba ‘mencuri’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

“Perkara itu (cubaan curi ADUN BN) mengecewakan… saya dimaklumkan oleh seseorang yang saya percaya bahawa ada ejen PN menelefon dan menghantar mesej kepada ADUN BN supaya keluar parti dan menyertai mereka…(keadaan ini) sama seperti yang berlaku pada 2018.

“Itu bukan cara yang betul (kerana) itu tikam belakang,” kata Haji Saarani yang membawa UMNO Perak menikam belakang dan mengkhianati mandat akar umbi dan orang Melayu-Islam yang melaungkan “No DAP”.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November lalu, UMNO hanya menang lapan kerusi DUN Perak, paling buruk dalam sejarah parti itu, dan kemudian mengkhianati mandat akar umbi dan bangsa Melayu, apabila bersekongkol dengan DAP bagi menubuhkan kerajaan negeri setelah tertarik dengan jawatan Menteri Besar dan kerusi Exco.

Perikatan Nasional pula menang 26 kerusi manakala Pakatan Harapan yang majoritinya DAP menang 24 kerusi, sekali gus menunjukkan rakyat Perak telah menolak UMNO dan BN, susulan pelbagai skandal dan tindakan yang dilakukan parti itu.

Dengan hanya ada lapan kerusi sahaja, pentadbiran kerajaan negeri itu kini dikuasai sepenuhnya oleh PH, terutama DAP, walaupun kerusi MB dipegang oleh UMNO.

Menurut BH, ADUN Kota Tampan itu berkata beliau diberitahu oleh ‘seseorang’ bahawa ejen Perikatan Nasional menghantar mesej kepada ADUN BN supaya keluar parti.

Dakwaan Haji Saarani itu semata-mata dibuat untuk menyalahkan Perikatan Nasional, bagi menutup pengkhianatan yang dilakukan UMNO apabila bekerjasama dengan DAP – parti yang menjadi musuh tradisi sejak puluhan tahun lalu.

Kerjasama UMNO dan DAP ini juga pernah berlaku ketika usaha menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada 2020 lalu.

Sokongan diberikan UMNO pada PRU-15 lalu dipercayai kerana akar umbi dan rakyat yakin bahawa parti itu akan menang dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti, terutama DAP, bagi membentuk kerajaan negeri.

Namun, berlaku sebaliknya, apabila UMNO kalah teruk apabila kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini dirampas Perikatan Nasional.

Lapan ADUN UMNO yang kini menjadi rakan karib DAP juga tidak berasa malu setelah mengkhianati pengundi yang menyokong mereka, khususnya orang Melayu.

Sebelum ini, bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata:

“Di Perak, BN telah bergabung dengan PH untuk menubuh kerajaan. UMNO lupa apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (DAP-PKR-BN). Dalam tempoh yang singkat berapa luas tanah Kerajaan Negeri Perak diberi kepada sekolah-sekolah Cina dengan pajakan 999 tahun sedangkan amalan sebelum itu hanya memberi pajakan 99 tahun.

“UMNO bersetuju bergabung dengan DAP semata-mata kerana DAP menawarkan jawatan Menteri Besar kepadanya sedangkan majoriti ahli Exco adalah daripada PH. Itu jugalah keadaan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat itu: jawatan Menteri Besar dibri kepada PAS manakala majoriti ahli Exco adalah daripada PH (dibaca DAP).

“Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin UMNO tidak mempedulikan kepentingan orang Melayu lagi. Yang penting kepada mereka hanya mendapat jawatan.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-