22/11/2022
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu mewakili Perikatan Nasional (Perikatan) yang menang 17 kerusi DUN, mana Wan Rosdy mewakili Barisan Nasional (BN) yang menang 16 kerusi. Lapan kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata perbincangan telah diadakan sebelum ini dan diteruskan hari ini (22 November 2022).
“Berkaitan pembentukan kerajaan negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya,” katanya lagi.
Proses pengundian bagi satu lagi DUN iaitu Tioman akan dilaksanakan pada 7 Disember depan susulan kematian calon Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli, awal pagi Sabtu, sebelum pengundian.
Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempertahankan kerusi Parlimen Indera Mahkota pada PRU-15 lalu.
Adakah UMNO Pahang akan menggadai prinsip perjuangan parti itu sebagaimana dilakukan UMNO Perak yang tunduk dan duduk di bawah DAP, akan diketahui apabila Menteri Besar kerajaan sementara Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berbincang dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka itu mewakili Perikatan Nasional (Perikatan) yang menang 17 kerusi DUN, mana Wan Rosdy mewakili Barisan Nasional (BN) yang menang 16 kerusi. Lapan kerusi lagi dimenangi Pakatan Harapan (PH).
Pengerusi Perikatan Nasional Pahang Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata perbincangan telah diadakan sebelum ini dan diteruskan hari ini (22 November 2022).
“Berkaitan pembentukan kerajaan negeri Pahang, wakil Majlis Tertinggi PN Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengadakan perbincangan dengan Pengerusi BN Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Hari ini, akan diadakan perbincangan selanjutnya,” katanya lagi.
Proses pengundian bagi satu lagi DUN iaitu Tioman akan dilaksanakan pada 7 Disember depan susulan kematian calon Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli, awal pagi Sabtu, sebelum pengundian.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.