malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Nov 15, 2022 9:25 AM
PAS tidak menolak kemungkinan Perikatan Nasional (PN) akan membentuk kerajaan dengan BN sekiranya mereka gagal membentuk kerajaan secara bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata PN tidak akan sesekali membentuk gabungan bersama Pakatan Harapan (PH) untuk menguasai Putrajaya.
“Saya yakin kita dapat bentuk kerajaan persekutuan sama ada kita sendiri atau gabungan dengan pihak lain termasuk BN.
"Apa yang pasti kita tidak menerima PH walaupun perlu gabungan," katanya ketika ditemui selepas ceramah di Ketereh, Kota Bharu, malam tadi.
Takiyuddin berkata, perkara itu pernah disuarakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang juga Timbalan Pengerusi PN.
“Presiden PAS ada menyebut sekiranya kita tidak boleh bergabung sebelum PRU15, mungkin selepas PRU-15 kita boleh wujudkan hubungan itu," katanya lagi.
Pada 15 Okt lalu, Abdul Hadi berkata PAS mengambil keputusan menangguhkan kerjasama dengan BN kerana gabungan itu didapati mempunyai ‘kekeruhan’.
Katanya, ini kerana kes penerima rasuah membabitkan pemimpin Umno belum selesai.
“Kita tahu penerima rasuah ini ada dituduh tidak salah, difitnah macam-macam tapi tidak selesai. Tetapi penerima rasuah ada dalam BN,” katanya di Terengganu.
Oleh itu PAS membuat keputusan untuk menghadapi PRU-15 bersama sekutunya Bersatu dalam PN.
Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, dia yakin BN akan menerima cadangan untuk bergabung bagi membentuk kerajaan.
“Rujukan pertama kita adalah BN, bagaimanapun sebarang perbincangan belum dibuat sepanjang tempoh berkempen ini namun saya yakin BN akan terima," kata Takiyuddin.
Sementara itu calon PN bagi Parlimen Ketereh, Khlir Mohd Nor meminta pengundi BN yang sayangkan Annuar Musa supaya mengundinya.
Ia bagi menghantar isyarat kepada BN atas kesilapan tidak mencalonkan ketua Umno Ketereh itu bertanding dalam PRU-15.
“Saya sudah berjumpa dengan 80,000 pengundi di Parlimen Ketereh. Saya dapati pengundi di sini sayangkan bekas ahli Parlimen Ketereh itu.
“Justeru, saya meminta pengundi jika anda sayangkan Annuar Musa, maka pilih saya Sabtu ini," katanya ketika ceramah malam tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
by MT Webmaster (Bernama) – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda ...
-
Ramai bloggers pro UMNO tulis posting yang bertajuk 'Jualan Harakah merosot', Wak tak fikir demikian, sebenarnya jualan Harakah sema...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
freemalaysiatoday.com Bernama -11 Sep 2024, 08:07 PM Polis dilaporkan menerima 50 laporan berhubung kenyataan Teresa Kok mengenai isu pensij...
-
Mungkin ade yang hairan kenape Wak tibe2 tertumpu ke Gelang Patah Johor. Sebab nye Wak bertumpu ke Gelang Patah kerane di sini boleh lah ...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
utusantv.com Oleh Azrul Hakimie Anuer -June 2, 2023 Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan. GAMBAR : Abd Razak Aid RAMAI d...
-
agendaily.com 01/06/2023 Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man. Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) dijangka tida...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.