Wednesday, November 2, 2022

Shahidan ‘confirm’ tanding PRU15, walau tak dicalon BN

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-November 1, 2022 11:45 PM

PETALING JAYA: Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Shahidan Kassim mengesahkan beliau akan bertanding PRU15, selepas Barisan Nasional mengumumkan calon baharu untuk Parlimen Arau.

Bercakap kepada pemberita di Arau malam tadi, Shahidan bertegas dirinya “calon boleh menang”.

“Saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

BN malam tadi mengumumkan Rozabil Abd Rahman menggantikan Shahidan yang menyandang kerusi Arau sejak PRU 1986.

Menyifatkan calon pilihan BN sebagai “calon dari luar”, Shahidan juga dilapor berkata Umno tidak boleh mengenakan tindakan terhadapnya kerana “bukan keluar daripada parti”.

“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah Muafakat Nasional,” katanya.

“Apa yang pasti, Insya-Allah, ‘comfirm’ saya akan bertanding.”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-