Friday, December 16, 2022

Anwar hanya tong kosong, isu telur pun tak dapat selesai: Wan Saiful

agendaily.com
16/12/2022
Macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim hendak tadbir negara jika isu telur ayam pun tak dapat diatasi?
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya hanya ‘tong kosong’ walaupun setelah dilantik sebagai Perdana Menteri kesepuluh, apabila gagal menyelesaikan beberapa masalah terkini yang dihadapi rakyat.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata Anwar sebelum ini melaungkan kononnya mempunyai jalan penyelesaian segera terhadap segala masalah yang dihadapi rakyat.

Sebaliknya, beliau berkata sejak puluhan tahun lalu Anwar mendakwa mempunyai jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi rakyat, tetapi hakikatnya isu kekurangan telur pun beliau gagal menangani dan menyelesaikannya.

“Sudah 22 hari Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan sudah 6 hari saya meminta Anwar segera umumkan solusi untuk masalah telur dalam negara. Tapi Anwar masih tong kosong.

“Berpuluh tahun Anwar mendakwa dia ada penyelesaian segera untuk pelbagai masalah. Rupanya itu semua lakonan belaka. Masih ingat janji 24 jam untuk turunkan harga minyak?

“Dah 22 kali 24 jam. Itu pun tong kosong rupanya,” kata Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor dalam satu kenyataan.

Wan Saiful mengingatkan Anwar bahawa rakyat sedang tertekan dan sedang menanti penyelesaian yang dah bertahun dipropagandakan.

“Punya hebat propaganda (tapi) telur pun tak boleh uruskan? Mampukah nak urus negara?

“Telur masih tiada di pasaran atau kalau ada sekalipun, harganya mahal. Rakyat termiskin amat merasai bebanan ini,” katanya lagi.

Menurutnya berdasarkan data pada 2021, Malaysia adalah negara pengeksport telur kelima terbesar dunia.

Tetapi, katanya apa yang pelik ialah sebagai negara pengeksport, Malaysia kini menghadapi kekurangan telur untuk rakyat sendiri.

“Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Mohamad Sabu) pula umumkan bahawa Malaysia akan mengimport telur untuk stabilkan bekalan. Kita ni negara pengeksport. Mana logiknya nak import pula?

“Kepada Perdana Menteri dan Menteri Pertanian, kalau gagal, apa kata minta nasihat daripada Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang lebih berjaya menangani segera krisis bekalan dan harga ayam sebelum ini.

“Kalau PH-BN dah tak ada idea, kami Perikatan Nasional ada track record yang solid menjaga rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-