Tuesday, December 20, 2022

Kerajaan Anwar mungkin tumbang jika pemimpin DAP angkuh: Najib

agendaily.com
20/12/2022
Kenyataan pemimpin DAP Tony Pua yang menyindir MCA.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi amaran sekiranya pemimpin DAP meneruskan sikap angkuh dan hipokrit, kemungkinan besar kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang.

Bekas Presiden UMNO itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua yang juga bekas ahli Parlimen Damansara.

Terdahulu, Tony Pua – ketika mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong yang berikrar untuk memerangi rasuah – berkata parti itu yang memuja Najib tidak pernah mencela ‘Raja Kleptokrat’ itu.

Malah Tony Pua berkata MCA juga tidak pernah mengambil tanggungjawab dan meminta maaf daripada rakyat Malaysia walaupun setelah ‘crook’ itu dipenjara.

Mengulas perkara itu, Najib menjelaskan bahawa keangkuhan dan kepura-puraan Tony Pua adalah sebuah legenda.

“Itulah sebabnya beliau kalah dalam pemilihan DAP Selangor walaupun beliau adalah ketua DAP Selangor ketika itu.

“Dan kemudian beliau tewas sekali lagi dalam Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat DAP walaupun mempunyai peranan berprofil tinggi sebagai penasihat dan setiausaha politik (Lim) Guan Eng yang menjadi Menteri Kewangan sebelum ini.

“Ramai juga yang menyatakan peranan beliau yang membawa kepada kemerosotan mendadak dalam populariti dan seterusnya kejatuhan kerajaan PH sebelum ini serta penolakan berterusan terhadap DAP dan PH oleh orang Melayu.

“Jika Tony meneruskan keangkuhan dan kepura-puraannya, ia tidak akan mengejutkan yang mungkin akhirnya menyebabkan kerajaan Anwar turut tumbang,” kata Najib dalam kenyataan malam tadi (19 Disember 2022).

Menurutnya walaupun Tony Pua telah ditolak dengan jelas oleh partinya sendiri dan oleh kumpulan etnik terbesar, dia masih meneruskan keangkuhan dan kepura-puraannya.

“Tony akan menyerang Najib Razak tetapi dia akan menutup mata terhadap rasuah besar-besaran Guan Eng melibatkan terowong dasar laut Pulau Pinang,” katanya.

Najib juga berkata tidak ada seorang pun pemimpin kanan MCA yang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah, berbanding ketua Tony Pua sendiri yang merupakan pemimpin kanan DAP.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-