Wednesday, December 14, 2022

PH N9 yakin pertahan kemenangan pada PRN tahun depan, kata Aminuddin

freemalaysiatoday.com
Bernama
-December 14, 2022 6:13 PM
Aminuddin Harun yakin kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi menyokong PH. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun optimis PH negeri ini masih mampu mempertahankan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasainya pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan.

Menteri besar Negeri Sembilan itu juga yakin kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada PH.

“Kita ada enam bulan (PRN) lagi dan berharap kerajaan persekutuan ini dapat memberikan satu perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta membuka mata (pengundi) apa sebenarnya kita dapat lakukan kepada rakyat.

“Kalau kerjasama dengan BN dimuktamadkan saya rasa itu lebih memberi keyakinan tetapi saya tidak boleh jawab sekarang sebab masih jauh lagi dan belum ada perbincangan awal pun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Naib presiden PKR itu juga tidak menafikan selepas PRU15 penambahbaikan ke atas beberapa kerusi DUN tertentu perlu dilakukan terutamanya dari segi aspek calon itu sendiri.

DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 ADUN PH dan 16 BN daripada keseluruhan 36 kerusi pada PRU14.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-