Showing posts with label Pakatan Harapan(PH). Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan(PH). Show all posts

Tuesday, May 9, 2023

UMNO-BN Selangor dapat hanya lima kerusi bertanding dalam PRN?

agendaily.com
09/05/2023
Rundingan kerusi UMNO-BN di Selangor.

Spekulasi tercetus selepas beberapa akar umbi UMNO-Barisan Nasional (BN) menerima laporan kononnya hanya mendapat lima kerusi untuk mereka bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Beberapa akar umbi mula kecoh antara satu sama lain selepas dikhabarkan pada PRN Selangor hanya lima kerusi akan diberikan kepada UMNO-BN dan baki kerusi yang lain akan ditanding parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Walaupun meminta sebanyak 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding, namun rundingan pembahagian kerusi membabitkan parti dalam kerajaan campuran hanya bersetuju untuk memberi lima kerusi sahaja, kata akar umbi itu kepada Agenda Daily.

Menurutnya laporan berhubung hanya lima kerusi DUN diberikan kepada UMN-BN sudah tular dalam kumpulan WhatsApp akar umbi dan berkemungkinan akan diarah untuk membantu jentera parti membantu parti dalam kerajaan campuran berkempen pada PRN nanti.

“Nampaknya akar umbi UMN-BN akan bekerja untuk membantu kempen parti gabungan dalam PH pada PRN nanti.

“Persoalannya, bagaimana calon UMNO-BN akan dapat menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya hanya lima kerusi akan diberikan kepada mereka untuk bertanding pada PRN nanti?” soal akar umbi tersebut.

Dalam pada itu, media sebelum ini melaporkan Parti Amanah mungkin terpaksa menyerahkan kerusi mereka kepada UMNO-BN untuk bertanding pada PRN Selangor nanti.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO-BN memenangi 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor manakala Pakatan Rakyat ketika itu memenangi 44 kerusi.

Pada PRU-14 pula, BN hanya memenangi empat kerusi dan PH pula meluaskan penguasaan mereka di Selangor dengan memenangi 51 kerusi.

Enam kerusi PH dimenangi oleh Bersatu – yang merupakan parti komponennya ketika itu – manakala PAS memenangi satu kerusi.

Sementara itu semasa PRU-15 lalu, UMNO-BN gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen yang ditandingi mereka di Selangor.

Untuk rekod, Selangor tidak mengadakan PRN secara serentak dengan PRU-15 lalu dan memilih untuk diadakan secara berasingan.

Pada 2 Mei lalu, UMNO mencadangkan agar parti itu diberikan 22 kerusi DUN pada PRN Selangor akan datang.

Ketua Pemuda Selangor, Mohd Imran Tamrin berkata cadangan UMNO adalah untuk mengetengahkan sekurang-kurangnya seorang calon DUN di setiap 22 kerusi Parlimen di negeri itu.

Wednesday, December 14, 2022

PH N9 yakin pertahan kemenangan pada PRN tahun depan, kata Aminuddin

freemalaysiatoday.com
Bernama
-December 14, 2022 6:13 PM
Aminuddin Harun yakin kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi menyokong PH. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Aminuddin Harun optimis PH negeri ini masih mampu mempertahankan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasainya pada pilihan raya negeri (PRN) tahun depan.

Menteri besar Negeri Sembilan itu juga yakin kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kali ini dapat memberikan perkhidmatan terbaik dan menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada PH.

“Kita ada enam bulan (PRN) lagi dan berharap kerajaan persekutuan ini dapat memberikan satu perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta membuka mata (pengundi) apa sebenarnya kita dapat lakukan kepada rakyat.

“Kalau kerjasama dengan BN dimuktamadkan saya rasa itu lebih memberi keyakinan tetapi saya tidak boleh jawab sekarang sebab masih jauh lagi dan belum ada perbincangan awal pun,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Naib presiden PKR itu juga tidak menafikan selepas PRU15 penambahbaikan ke atas beberapa kerusi DUN tertentu perlu dilakukan terutamanya dari segi aspek calon itu sendiri.

DUN Negeri Sembilan ketika ini diwakili 20 ADUN PH dan 16 BN daripada keseluruhan 36 kerusi pada PRU14.

Sunday, October 23, 2022

PRU15: Pakatan Harapan tolak Tun M

kualalumpurpost.net
Published on October 23, 2022

PETALING JAYA — Pakatan Harapan (PH) menolak kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Sekretariat PH, Saifuddin Nasution Ismail, menerusi ciapan di Twitter.

“Kita berkongsi tujuan yang sama untuk kalahkan BN dan PN. Tapi Pakatan Harapan akan hadapi PRU15 kali ini sebagai gabungan tanpa Mahathir.

“Kami doa Mahathir diberi kesihatan yang baik dan jika Mahathir pilih masuk bertanding kami ucap selamat maju jaya,” katanya.

Semalam, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA dan Penasihat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), menyatakan kesediaan bertemu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan rundingan kerjasama menghadapi PRU15.

Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan keyakinan mempunyai matlamat yang sama dengan Anwar dalam mengetepikan Barisan Nasional (BN), malah sedia mengambil langkah pertama ke arah kerjasama itu.

Mengulas perkembangan itu, Anwar menegaskan tiada masalah bertemu dan berbincang dengan Dr Mahathir mengenai kerjasama politik menjelang PRU15.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu menegaskan, perkara yang ditekankan PH ialah kepentingan melawan Perikatan Nasional (PN) dan BN.

Atas kapasiti Pengerusi BERSATU, Dr Mahathir dan Anwar bekerjasama menewaskan BN dalam PRU14 pada 2018 di bawah naungan PH yang turut disertai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Dr Mahathir kemudian meninggalkan BERSATU yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH, sebelum mengasaskan PEJUANG dan disusuli pembentukan GTA yang membariskan parti berasaskan Melayu.

GTA turut dianggotai badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan profesional, lapor BH Online.

Wednesday, October 19, 2022

PH mahu robek undi Melayu bermula di Perak

malaysiakini.com
Zikri Kamarulzaman
Diterbitkan: Oct 19, 2022 11:21 AM
Dengan gelombang penentangan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, ditambah dengan penglibatan Bersatu yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad, PH melebarkan pengaruh ke kubu kuat BN di kawasan Melayu luar bandar pada PRU 2018.

Mendapat kelebihan daripada sistem first past the post (FPTP), PH menang di banyak kerusi tersebut, terutama di Perak dan Johor.

Namun sokongan masyarakat Melayu luar bandar tidak bertahan lama dan ia dapat dilihat menerusi keputusan PRK Tanjong Piai lebih setahun kemudian.

Ia diburukkan lagi dengan keluarnya Bersatu daripada PH.

Perpecahan undi di kawasan Melayu luar bandar membolehkan Umno menang di kawasan yang menyaksikan pertembungan banyak penjuru, dan seterusnya menang majoriti dua pertiga dalam PRN Johor dan Melaka.

Kerusi-kerusi ini - lazimnya terletak di luar bandar dan lebih konservatif berbanding kawasan bandar yang menjadi kubu PH - adalah penting jika gabungan itu ingin sekali lagi mentadbir kerajaan persekutuan, atau sekurang-kurangnya menafikan majoriti dua pertiga BN.

Namun tanpa sekutu baru untuk menarik sokongan pengundi di kawasan ini, PH nampaknya menggunakan kembali strategi sebelum ini yang telah memberikan hasil yang memberangsangkan - pertaruhan berisiko tinggi yang fokus di satu negeri.

DAP menggunakan strategi ini - melibatkan pencalonan pemimpin veteran Lim Kit Siang - dengan jayanya di Johor pada PRU lalu. Ketika itu, DAP menambah kerusi Parlimen daripada satu kepada empat. Ia juga menjadi asas kepada kejayaan PH merampas negeri itu.
Pada PRU15, Perak nampaknya menjadi negeri tumpuan tersebut. Sasarannya adalah 11 kerusi yang dimenangi BN pada 2018 - yang mana tiga daripadanya kini dipegang Bersatu - dan satu-satunya kerusi yang dimenangi Bersatu pada tahun itu.

Selain Tapah, kesemua kerusi ini terletak di luar bandar dengan orang Melayu sebagai pengundi majoriti.

DAP dijangka membuat percubaan berisiko tinggi bagi membuktikan mereka bukan anti-Melayu dengan meletakkan bekas ketua pemudanya Howard Lee di Gerik yang hanya memiliki 14 peratus pengundi Cina.

PH Perak juga sedang mengusahakan agar Anwar Ibrahim bertanding di Tambun.

Pengerusi PH Perak Nga Kor Ming membayangkan Perak menjadi negeri utama untuk mengukuhkan kedudukan gabungan itu di Pantai Barat.

PH sudah menang di Perak sebanyak dua kali - pada 2008 dan 2018. Namun untuk menambah baik pencapaian tersebut, ia memerlukan mereka untuk memecahkan pengaruh BN di kawasan Melayu luar bandar dan ia bukanlah tugas mudah.
Howard Lee
Pensyarah National University of Singapore Serina Rahman, yang telah menumpukan soal politik luar bandar sejak tujuh tahun lalu, berkata satu halangan utama PH adalah mesej yang dibawanya tidak bergema di luar Lembah Klang atau kawasan bandar.

"Kawasan Melayu luar bandar terdiri daripada orang yang nampaknya takut banyak perkara dan PH tidak memberikan penawar terhadap ketakutan itu. Takut hilangnya dominasi Melayu, soal raja, Islam...

"Isu seperti kesamaan, menangani rasuah - ramai yang sudah biasa dan tiada banyak kaitan dengan mereka kerana ia isu elitis - dan maka tidak disambut.

"Orang hanya nak tahu bagaimana ekonomi boleh menjadi bertambah baik dan mereka boleh dapat cukup pendapatan untuk sara kehidupan kalau boleh, ada simpanan," katanya kepada Malaysiakini.

Memburukkan lagi keadaan, katanya, 22 bulan pentadbiran PH dilihat pengundi di kawasan itu sebagai memburukkan lagi keadaan di lapangan dan ia meningkatkan lagi kerisauan mereka terhadap gabungan itu.

Berkenaan pencalonan Anwar di kawasan itu, Serina berkata ia juga mungkin tidak akan membawa impak yang diinginkan PH.

Ucapan dan idealisme Anwar mungkin memberi inspirasi kepada penyokongnya di kawasan bandar namun bagi Serina, ia juga sebahagian daripada terputusnya hubungan antara PH dengan Melayu luar bandar.
"Penduduk luar bandar sukar mengikuti ucapan muluk Anwar. Mereka perlukan ahli politik yang bercakap dengan mudah dan bercakap berkenaan keperluan mereka.

"Kebanyakan perbincangan berkenaan isu besar sukar dihadam mereka dan mereka tidak berminat," katanya.

Kata Serina lagi, populariti Anwar di luar kawasan bandar telah merosot ekoran bertahun-tahun propaganda.

"Ada rasa curiga. Saya fikir orang agak mudah terpengaruh dengan propaganda dimainkan BN selama ini...jadi mereka ingat cerita-cerita buruk dan merasa ragu," katanya lagi.

Untuk menghubungkan PH dan penduduk di luar bandar, kata Serina, langkah mengubah mesej tidak memadai tetapi apa yang diperlukan adalah keberadaan yang lebih aktif di lapangan.

Namun katanya ia mungkin sudah terlambat kerana pengundi merasa kecewa kerana ahli politik hanya turun padang ketika musim pilihan raya untuk memberi sumbangan dan menunaikan janji yang sekian lama diabaikan.

"Saya fikir langkah ini tidak berguna lagi. Orang semakin bijak," katanya.

Namun bagi Serina, perkara utama yang mungkin menjejaskan peluang PH adalah rasa tidak peduli di kalangan pengundi.
"Rakyat kecewa dan kemungkinan banjir juga sangat membimbangkan. Banjir sudah melanda di banyak kawasan dan setiap hari ada amaran (hujan lebat) daripada Jabatan Meteorologi.

"Hal-hal ini memang bermain dalam fikiran orang ramai, begitu juga dengan keadaan inflasi, ekonomi dan nilai ringgit yang merosot," katanya lagi.

"Walapun ahli politik menjanjikan sebaliknya, rakyat sudah dapat melihat melangkauinya," katanya lagi.

Dia berkata ia boleh membawa kepada peratus keluar mengundi yang rendah yang akhirnya memberi manfaat kepada Umno, memandangkan penyokong tegar parti itu lebih bersemangat untuk keluar mengundi.

PH akan mengadakan konvensyen di Perak esok. Beberapa pengumuman utama berkenaan PRU dijangka akan dibuat, termasuk pengagihan kerusi untuk parti komponen dan sekutunya.

Friday, June 3, 2022

Tiada tarikh tamat MoU kerajaan-PH, kata Annuar

freemalaysiatoday.com
Bernama
-June 3, 2022 9:00 AM
Kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan pada 13 Sept tahun lepas memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Tiada tarikh tamat bagi memorandum persefahaman (MoU) kerajaan dan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU itu, Annuar Musa.

Sebaliknya, Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata MoU tersebut menyatakan bahawa kerajaan dan PH bersetuju untuk tidak mengadakan PRU15 sebelum 31 Julai ini.

“Mou itu tiada tarikh tamat, banyak orang silap faham, itu kena perbetulkan, yang ada tarikh akhir itu tarikh pilihan raya (Umum) dipersetujui tidak diadakan sebelum akhir Julai, sebelum 31 Julai.

“Tetapi MoU bersama ahli-ahli Parlimen termasuk pembangkang dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri (Ismail Sabri Yaakob) tiada tarikh tamat dan ia MoU memberi sokongan kepada Perdana Menteri sehingga Parlimen dibubarkan, bila dibubarkan itu terpulang kepada Perdana Menteri dan pimpinan untuk menentukan,” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Beliau ditemui pada Majlis Makan Malam Selamat Datang Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital Industri Kreatif dan Komunikasi (MEDIKK) Bil 1/2022 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Sabah Joachim Gunsalam serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Yakub Khan.

Pada 13 Sept tahun lepas, kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan memeterai MoU membentuk kerjasama dwipartisan merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ditanya tentang tarikh yang sesuai untuk pembubaran Parlimen dan PRU15, Annuar berkata ia sewajarnya tidak terlalu lewat sehingga memberi kelebihan kepada pesaing Barisan Nasional dan tidak terlalu awal sehingga gabungan politik itu tidak bersiap sedia dengan secukupnya.

“Ia diadakan sebaik sahaja kita bersedia, sebut bersedia itu pucuk pimpinan kena tentukan, siap siaga itu banyak sudut daripada organisasi, pengolahan data, pendanaan dan keadaan rakyat sendiri.

“Kalau kita buat (PRU15) keadaan rakyat sendiri susah (tetapi) kita dahulukan pilihan raya, kita tidak rasa senang hati, ini semua perlu dinilai dengan terperinci,” katanya.

Semalam, Ismail berkata beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15 sekiranya BN sudah bersedia.

Monday, April 18, 2022

‘Tutup pintu,’ kata Guan Eng berhubung kerjasama dengan Bersatu, PAS

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
-April 18, 2022 10:00 AM
Lim Guan Eng berkata, selain Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

PETALING JAYA: DAP menutup pintu kerjasama dengan Bersatu dan PAS selepas tidak lagi mempercayai kedua-dua parti itu yang didakwanya bersikap “tikam belakang”.

Pengerusinya, Lim Guan Eng berkata, beliau menolak kerjasama dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu menjadi antara penggerak Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

“Kalau dia nak jumpa, saya pun tak akan terima. Kita kena tikam belakang, kita jangan terpedaya lagi.

“Kalau dekat Parlimen, sembang-sembang tak apalah, tetapi untuk bincang isu kerjasama, tak ada. Saya pun tak akan terima, tutup pintu,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Kerajaan PH tumbang selepas 22 bulan memerintah apabila Bersatu keluar dan menarik sokongan terhadap gabungan itu susulan Langkah Sheraton yang turut mendapat sokongan PAS dan Umno.

Baru-baru ini beberapa pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi PH, Anwar Ibrahim dan Presiden Warisan, Shafie Apdal mendedahkan bahawa Muhyiddin berjumpa dan menghubungi mereka untuk mendapatkan sokongan menjadi perdana menteri ke-10.

Mengulas lanjut, Lim berkata, DAP juga kurang senang dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kerana tidak konsisten dengan apa yang disuarakannya.

“Satu ketika dia cakap kita nak buat sesuatu tetapi kerana DAP ada (dalam Pakatan Rak­yat), tak boleh buat. Tapi sekarang DAP tak ada (dalam PN), dia pun tak buat.

“Contohnya, cabutan khas (nombor ekor). Kita (PH) kurangkan daripada 22 kepada lapan, (sekarang) tambah balik kepada 22. Ada defisit (kekurangan) kepercayaan yang agak tinggilah. Jadi sukar untuk kerjasama de­ngan PAS sekarang,” katanya.

Monday, March 14, 2022

Nasib Anwar ‘dihitung’, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
'Ainin Wan Salleh
-March 14, 2022 8:00 AM
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR, berkempen di Bukit Batu untuk calon PKR, Arthur Chiong. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Penampilan buruk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor boleh menandakan pengakhiran kerjaya politik Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, menurut penganalisis.

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, hari-hari Anwar ‘sudah terhitung’ selepas PH hanya berjaya memenangi 12 daripada 56 kerusi di DUN, sekali gus melemahkan pengaruh gabungan itu di Johor.

“Kekalahan di Johor lebih teruk kerana PRN Melaka dan Sarawak sepatutnya menjadi titik tolak untuk PH mengkaji apa yang silap dan memperkemaskan strategi mereka, tetapi itu tidak pernah berlaku,” katanya kepada FMT.

PH hanya memenangi dua daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak pada Dis, sebulan selepas gabungan itu hanya memenangi lima daripada 28 kerusi pada PRN Melaka.

Sambil menyifatkan prestasi PH pada PRN Melaka sebagai satu ‘bencana’ dan persembahan mereka pada PRN Sarawak sebagai ‘malapetaka’, Azmi berkata PRN Johor adalah kedua-duanya sekali iaitu “bencana dan malapetaka” bagi gabungan yang pernah memerintah negara itu.

Daripada 12 kerusi yang dimenangi PH di Johor, hanya satu dimenangi PKR parti Anwar atas tiket sendiri, apabila calon parti itu, Arthur Chiong, menang di Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi mengatasi S Suppayah daripada Barisan Nasional.

“Berdasarkan (PRN) Johor, PH kini perlu memutuskan siapa yang akan memimpin mereka pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau pasti Pejuang dan Warisan tidak akan menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan dilantik Perdana Menteri jika parti-parti itu menyertai PH untuk membentuk barisan pembangkang.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PH perlu menggantikan Anwar sebagai ketua mereka jika mereka mahukan peluang untuk memenangi PRU15.

“Anwar telah melakukan terlalu banyak kesilapan politik, dan Johor adalah yang terbaharu dalam beberapa siri kesilapan yang dia lakukan,” kata Chin kepada FMT.

Chin juga menekankan keengganan dalam kalangan kepimpinan PKR untuk mendesak seseorang menggantikan Anwar, sambil menambah ini menunjukkan struktur parti itu adalah “sangat sukar untuk menyingkirkan Anwar.”

“Pemimpin itu sendiri perlu membuat keputusan untuk berundur,” kata Chin. “Jika tidak, tiada siapa boleh menolaknya keluar dari dalam parti.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau tidak nampak calon yang berdaya saing untuk mengetuai pergerakan pembangkang menuju ke PRU15.

Dengan Warisan yang menunjukkan prestasi yang lebih buruk daripada PH dalam PRN Johor, Oh juga berkata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman “terlalu baharu” untuk memegang tampuk pimpinan.

“Nampaknya tidak ada sesiapa dalam PKR, dalam PH, malah lebih luas lagi dalam pembangkang yang boleh mengambil alih daripada Anwar dengan hebat,” kata Oh.

“Seperti yang dibuktikan dengan keputusan PRN Johor, seluruh pembangkang sememangnya berada dalam dilema sekarang.”

Tuesday, August 10, 2021

Zahid cuba tarik MP PN sokongnya jadi PM, tak yakin dengan Anwar

agendadaily.com
10/8/2021

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan sedang melobi Ahli Parlimen Perikatan Nasional untuk mengangkat dirinya menjadi Perdana Menteri, setelah Pakatan Harapan gagal mendapat sokongan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa Ahli Parlimen (MP) daripada Perikatan Nasional (PN) mendedahkan dihubungi agen kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang cuba melobi bagi pihaknya untuk diangkat sebagai calon Perdana Menteri (PM) baharu.

Perkara itu tidak mengejutkan apabila Zahid dalam surat akuan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong bersama-sama beberapa MP UMNO yang sekapal dengannya tidak menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM, ia walaupun terdapat pakatan sulit antara cikgu dengan anak muridnya itu.

Menurut sumber, agen kepada Zahid sudah menghubungi MP daripada GPS, PAS dan Bersatu yang cuba memujuk mereka supaya menyokong beliau, ia memandangkan sudah terdapat 13 MP UMNO yang dikatakan sudah bersama-sama dengannya ketika ini menerusi pendedahan surat akuan yang disiarkan dalam media sosial semalam.

Seorang MP Bersatu memberitahu agen tersebut menghubungi dan mengajaknya untuk bersama-sama dalam kem Zahid, ia bagi memastikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak tumbang dan hanya PM sahaja ditukar.

“Zahid disebut-sebut akan mencalonkan dirinya sebagai Perdana Menteri sekiranya Tan Sri Muhyiddin gagal memperoleh sokongan majoriti di Parlimen atau meletak jawatan.

“Walaupun UMNO tidak akan memiliki jumlah sokongan yang cukup, Zahid dijangka akan memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada GPS, PAS dan Bersatu untuk menyokong beliau,” kata sumber itu kepada Agenda Daily.

Langkah terbaharu Zahid ini susulan tidak ada perjanjian hitam putih yang ditawarkan Anwar terutamanya melibatkan komitmen daripada DAP supaya kes-kes mahkamah yang dihadapinya akan digugurkan sebaik terbentuk kerajaan baharu.

“Zahid perlu mendapatkan sokongan dengan cara mana sekalipun bagi memastikan beliau dilantik sebagai PM supaya beliau dapat menyelamatkan diri daripada kes-kes mahkamah yang sedang dihadapi.

“Presiden UMNO itu tidak akan menyokong Anwar untuk menjadi Perdana Menteri kerana bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu ‘No Anwar No DAP’. Beliau juga dilihat sukar untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP kerana tindakan itu akan menyebabkan ahli-ahli UMNO dan orang Melayu marah,” katanya lagi.

Daripada maklumat beberapa MP yang dihubungi agen Zahid, mereka diberitahu kerajaan PN perlu dijaga dan dikekalkan tetapi perlu diterajui UMNO, pilihan PM yang ada setakat ini selepas Muhyiddin disingkirkan adalah Zahid dan tiada calon lain.

“Beliau sebaliknya akan menggunakan naratif kerajaan baharu ini perlu diterajui oleh UMNO selaku parti Melayu dan Islam terbesar di negara ini.

“Zahid juga tahu sekiranya dia menyokong Anwar menjadi PM, Pakatan Harapan (PH) tidak akan menggugurkan kes-kes mahkamah beliau kerana dendam PH kepada kumpulan kleptokrat. Sebaliknya Zahid tahu, sebagai PM dia berkuasa ‘melakukan sesuatu’ bagi membolehkan kes- mahkamahnya digugurkan,” katanya lagi.

Zahid sengaja dilihat senada dengan blok parti pembangkang khususnya dengan Anwar untuk menimbulkan retorik kerajaan gagal dan menderhaka, sebaliknya niat utamanya adalah bagi mendesak Muhyiddin meletak jawatan dan dirinya ditabalkan sebagai PM.

Gerakan menjatuhkan kerajaan PN dilihat semakin giat dijalankan mutakhir ini kerana Zahid bakal berhadapan perbicaraan di mahkamah pada 24 Ogos nanti.

Pada masa ini UMNO hanya mempunyai 38 kerusi Parlimen. Beliau memerlukan sokongan daripada parti-parti lain dalam PN untuk menubuhkan kerajaan baharu yang akan dipayungi UMNO.

Menurut sumber dalaman UMNO, kem Zahid sedang giat memujuk MP PN untuk menyokong beliau sebagai PM menjelang Parlimen dibuka pada September ini.

Walau bagaimanapun, perancangan Zahid untuk mendapatkan sokongan majoriti dengan sokongan daripada MP PN dilihat sukar dicapai.

Muhyiddin difahamkan dikatakan bertegas dengan pendirian Bersatu untuk tidak bersekongkol dengan ‘kluster mahkamah’.

Sunday, December 27, 2020

‘Saya tidak puas hati imej Anwar dan Tun M buruk’

malaysiadateline.com
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON
December 27, 2020


Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengakui terkilan apabila parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) saling menyerang satu sama lain sehingga memburukkan imej Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, sepatutnya serangan disasarkan kepada musuh politik yang mengkhianat dan merampas kuasa persekutuan dari PH bukannya terhadao kedua-dua tokoh utama itu.

Namun, sebaliknya yang berlaku apabila mereka yang merampas kuasa persekutuan tidak pula dihentam.

“Saya terkilan apabila serangan dihala kepada Anwar. Selepas itu ‘berlari’ serang Mahathir pula. Media pun tak tumpu serangan terhadap kerajaan yang merampas kuasa PH.

“Sepatutnya, serangan tumpu kepada mereka yang menjatuhkan kerajaan kita.

“Saya tidak puas hati apabila imej Mahathir dan Anwar buruk ketika ini. Mereka yang mengkhianati kerajaan PH pula bergembira,” katanya ketika menggulung Konvensyen AMANAH Nasional hari ini.

Sementara itu, kata Mohamad, sekiranya AMANAH mahu mengambil semula mandat rakyat, kawasan-kawasan Felda tidak boleh diabaikan dan perlu dimenangi.

Ahli Parlimen Kota Raja itu juga meyakini PH boleh mengambil semula mandat rakyat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Konvensyen AMANAH diadakan selama tiga hari bermula pada 25 Disember lalu dan berakhir hari ini dengan dihadiri hampir 400 perwakilan.

Monday, December 14, 2020

Slogan 'no Anwar no DAP' tak mesti relevan setiap masa - Puad

malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:03 pm

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Puad Zarkashi hari ini berpendapat slogan "no Anwar no DAP" yang diterima parti itu tidak semestinya relevan sepanjang masa kerana senario politik negara berubah-ubah.

Katanya slogan berkenaan - yang dilihat orang ramai berupa penegasan untuk menolak kerjasama Umno dengan Pakatan Harapan (PH) hanya digunakan beberapa pemimpin parti yang berjawatan dalam kerajaan.

Menurutnya pemimpin terbabit berpendirian begitu kerana mereka tidak mahu melihat kerajaan Perikatan Nasional tumbang.

"Apakah mereka ini nasionalis dan agamawan tulen? Biar ahli dan rakyat menilai sama ada mereka hipokrit atau tulen.

"Maaf kalau kritikan ini keras dan pedas, tetapi saya tidak mohu menoleh ke belakang. Saya tidak apologatik dan takut dikecam.

"Nak marah marahlah. Saya yakin masih ramai yang bersetuju dengan saya tetapi mereka simpan di dalam hati," katanya dalam satu hantaran di media sosial malam ini.

Ia muncul beberapa ketika selepas dua ahli politik veteran Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan sidang media pertama dengan memberi bayangan kerajaan PN mungkin tumbang esok.

Kenapa mesti takut

Kata Puad pemimpin Bersatu juga 'tumpang semangkuk' menggunakan slogan "no Anwar no DAP" itu namun digunakan untuk menyerang Umno kerana didakwanya parti itu takut dan rasa terancam jika wujud kerjasama berkenaan.

"Benar, no Anwar no DAP adalah keputusan MT Umno. Annuar Musa guna slogan ini untuk pertahankan PN.

"Sebagai ahli MT saya pula tidak mahu Umno terlalu rigid," katanya lagi.

Menurut Puad isu yang ditimbulkan bukanlah mengenai Umno membentuk gabungan baru sebaliknya kerjasama politik sama seperti ketika PH menyokong usul Umno di Perak untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan menteri besar.
Ahmad Faizal Azumu
"Umno pun bukan ahli PN. Muafakat Nasional (yang menghubungkan Umno dengan PAS) juga belum daftar," katanya.

Tambah Puad lagi Umno harus bersikap terbuka dalam kerjasama politik.

"DAP dan PKR pernah sokong usul tergempar Umno dalam parlimen bila membantah serangan Israel di Palestin," katanya lagi.

Justeru kata bekas ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu Umno wajar mempelopori kerajaan perpaduan di Perak demi kepentingan rakyat.

"Lim Chong Eu (pengasas bersama Gerakan) dipecat daripada DAP kerana terlalu cauvinis tetapi apabila dia membentuk kerajaan campuran di Pulau Pinang bersama BN, dia dilihat sebagai tokoh moderate.

"Maka jika perlu, apa salahnya kerajaan perpaduan bermula di Perak? Umno mesti berani mempeloporinya demi kelangsungan rakyat. Kenapa mesti takut," katanya.

Untuk rekod dua hari lalu, Annuar yang juga setiausaha agung BN mendedahkan terdapat usaha mengubah pendirian Umno untuk bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

"Konspirasi menggagalkan dasar 'tolak Anwar dan DAP' (No Anwar, no DAP) sedang berjalan," kata Annuar.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-