Diterbitkan: Dec 20, 2022 12:45 PM
Anwar Ibrahim menegaskan dia tidak pernah memohon pengampunan diraja daripada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2018.
Sebaliknya, kata perdana menteri ke-10 itu, pengampunan tersebut adalah inisiatif daripada Agong sendiri.
Kata Anwar, tindakan tersebut diambil Sultan Muhammad V itu kerana menyifatkan pemenjaraannya sebelum ini sebagai travesty of justice (pelanggaran prinsip keadilan).
“Saya tidak mohon pengampunan kerana saya dihukum.
“Yang ambil inisiatif (memberikan pengampunan) itu adalah Agong, yang menelefon saya - dan ini saya sebut kepada umum (sebelum ini) - semasa saya di rehab center, menyatakan bahawa (baginda) akan memberikan pengampunan penuh kerana jelas ia suatu travesty of justice, kata Anwar Anwar memberitahu Dewan Rakyat, hari ini.
Anwar dijatuhi hukuman penjara enam tahun kerana rasuah pada April 1999, dan sembilan tahun lagi pada Ogos 2000 atas sabitan tuduhan liwat.
Pada Feb 2015, Anwar dipenjarakan sekali lagi selepas sabitan kes liwat kali kedua dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.
Dia menjalani hukuman tiga tahun sebelum menerima pengampunan diraja berikutan kejayaan PH pada PRU14 pada Mei 2018.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga ahli parlimen Tambun meminta pihak yang terus menerus mempersoalkan pengampunannya agar bertemu sendiri dengan Sultan Kelantan bagi mendapatkan pengesahan.
"Saya harap ahli-ahli yang berhormat daripada Kelantan khususnya boleh mengadap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ketika itu menjadi Yang Dipertuan Agong," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.