Monday, January 16, 2023

Ahli MT UMNO tak tahan kritikan Ramasamy terhadap Zahid

agendaily.com
16/01/2023
UMNO kini bersetuju bersama DAP.

Seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak senang dengan kritikan pemimpin DAP, P Ramasamy terhadap Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Ahli MT, Datuk Razlan Rafii mempertahankan bosnya, Zahid selepas dikritik teruk Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang yang melabel Timbalan Perdana Menteri itu sebagai liabiliti kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

“Saya cadangkan dia (Ramasamy) elok jaga parti sendiri. Jangan bawa sikap orang tua lama dalam DAP sebab semua rakyat Malaysia hari ini mahu melihat dan mengharapkan pembaharuan.

“Jika masih mahu teruskan perangai lama DAP, saya rasa bukan orang Melayu sahaja tidak suka, tetapi semua orang (tak suka) kerana terlampau rasis dan bercakap tanpa asas,” katanya dipetik kepada Sinar Harian.

Terdahulu, Ramasamy mendakwa Zahid sebagai beban kepada Kerajaan Perpaduan dan menjadi duri dalam daging bagi UMNO.

Ini selepas Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Sabtu telah meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei nanti.

Sehubungan itu juga, Ramasamy turut mempersoalkan sama ada PH dan UMNO mampu menarik sokongan Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Mengulas lanjut, Razlan optimis bahawa orang Melayu akan melihat kebenaran dan kembali menyokong UMNO.

“Insya-ALLAH kita yakin apabila kita buat kerja untuk meletakkan realiti sebenar, kita tahu ini adalah kezaliman yang dilakukan kepada Zahid dan perkara itu selesai, orang Melayu akan kembali melihat kebenaran,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-