Monday, January 16, 2023

Saya lihat banyak fail ada banyak keterlanjuran - Anwar

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 16, 2023 10:50 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata warga perkhidmatan awam wajar membuat teguran terhadap Kerajaan Perpaduan yang didapati melanggar tindakan undang-undang.

Berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2023 di Putrajaya hari ini, Anwar berkata teguran tersebut turut membabitkan dirinya yang kini memegang portfolio Menteri Kewangan.

“Saya tekankan ialah penguatkuasaan, apa yang saya pelajari terutama di Kementerian Kewangan, saya lihat banyak fail ada banyak keterlanjuran.

“Nak salahkan pegawai...jika ‘minit’ daripada menteri atau perdana menteri, dia patuh. Tetapi saya telah beri arahan yang jelas kalau ada ‘minit’ daripada perdana menteri sendiri pun kalau ada melanggar undang-undang, sekurang-kurangnyanya saya dimaklumkan terlebih dahulu,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-