Friday, January 20, 2023

Pemuda UMNO pula bidas Ramasamy jangan celupar, minta DAP jaga persefahaman

agendaily.com
20/01/2023
Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang P Ramasamy mengkritik Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Keceluparan pemimpin DAP, Dr. P. Ramasamy dibidas Pemuda UMNO yang menyifatkan ia sebagai satu tindakan tidak wajar sama sekali.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang menghina Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memandangkan kini sudah berada bersama-sama dalam kerajaan dan menjadi rakan politik.

“Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy tidak sepatutnya keluarkan kenyataan-kenyataan berbaur hasutan dan fitnah kepada pimpinan parti yang bersama membentuk kerajaan.

“Jangan menjadi lidah pembangkang pula untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang dibina atas persefahaman jitu pelbagai parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan segelintir pimpinan PH yang lain bahawa muhasabah diri, kembali kepada realiti dan jangan termakan hasutan dan adu domba daripada pakatan pembangkang yang ingin meruntuhkan kerajaan sedia ada ini.

“Jadi janganlah Ramasamy seperti menembak kaki sendiri apabila membuat cercaan yang kurang cerdik dengan tarafnya sebagai pimpinan utama parti.

“Perkemaskan diri dan fikir bagaimana untuk meraih sokongan rakyat kembali kepada kerajaan Perpaduan ini yang mewakili segenap lapisan kaum di Malaysia,” katanya.

Ramasamy sebelum ini menyifatkan Zahid jika kekal memegang jawatan Presiden UMNO, ia kana bukan hanya membebankan kepada parti itu, tetapi juga buat Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan berikutan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Ramasamy turut percaya usaha UMNO untuk berubah juga akan melalui jalan sukar selagi imej korupsi yang melingkarinya tidak dibersihkan dan malangnya, Zahid selaku teraju parti sendiri dilihat sebagai pemimpin paling terkesan dengan imej itu dalam UMNO.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO, Ahmad Shabery Cheek menegur tindakan segelintir pemimpin PH yang suka menyerang secara terbuka sesama sendiri meskipun bersama dalam satu kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-