Friday, January 20, 2023

Masih ada yang waras dalam UMNO, Khairy puji ahli lapor kepada RoS

agendaily.com
20/01/2023
Khairy Jamaluddin merupakan pemimpin yang dilihat mampu memulihkan kembali imej UMNO dan memperkukuhkan semula kuasa politik parti itu.

Tindakan beberapa ahli UMNO yang membuat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini mendapat pujian Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu menyifatkan tindakan berani ahli-ahli UMNO yang membuat laporan tersebut membuktikan masih ada lagi mereka yang waras dalam parti dan tidak membabi-buta mengikut telunjuk pihak atasan.

“Well done guys, ada yang masih berani dan waras dalam UMNO. Saya yakin dengan kredibiliti RoS untuk buat semakan terhadap usul (Bahagian) Rembau di PAU (Perhimpunan Agung UMNO 2022),” katanya menerusi hantaran dalam Instastory hari ini.

Media melaporkan dua ahli UMNO menghantar aduan berkaitan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Mereka berharap RoS dapat menentukan sekiranya terdapat pertikaian terhadap usul tambahan yang dibawa pada perhimpunan lepas.

Ia susulan ramai mendakwa usul tambahan yang diperkenalkan perwakilan Negeri Sembilan semasa menjadi pencadang usul Ucapan Dasar Presiden itu melanggar Perlembagaan parti itu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-