Wednesday, January 11, 2023

Zahid namakan 10 tandatangan SD sokong Muhyiddin, kata sumber

freemalaysiatoday.com
Elill Easwaran
-January 11, 2023 5:42 PM
Sumber berkata peserta taklimat khas mengebu 10 nama yang disebut Presiden Umno, Zahid Hamidi, kerana menandatangani SD menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sumber dalaman mendedahkan Presiden Umno, Zahid Hamidi, menamakan 10 orang yang menandatangani akuan berkanun menyokong Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin selepas PRU15.

Sumber yang menghadiri taklimat khas petang tadi berkata suasana dalam bilik taklimat itu menjadi kecoh apabila nama-nama disebut.

“Mereka mengebu nama-nama yang disebut presiden,” katanya.

Difahamkan taklimat khas hari ini dihadiri oleh biro politik dari bahagian-bahagian Umno.

Sumber enggan mendedahkan nama-nama yang disebut itu kepada FMT, namun berkata individu berkenaan memang sudah dijangka akan menyokong Muhyiddin.

Taklimat petang tadi diadakan sebelum perasmian perhimpunan agung Pemuda, Wanita, dan Puteri Umno malam ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-