Sunday, March 19, 2023

Sudah boleh “swipe” UMNO

19/03/2023

SIAPA tidak suka UMNO boleh “swipe”.

Pilihan raya negeri akan berlangsung lagi tiga bulan.

Sementara itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengukuhkan cengkaman beliau di dalam selepas sebahagian pemimpin terpilih pada pemilihan berakhir semalam dikuasai oleh orang beliau.

Jawatan Naib Presiden juga dibarisi penyokong tegar Zahid, kecuali Datuk Seri Johari Ghani yang berada dikedudukan ketiga.

Perebutan tiga kerusi Naib Presiden UMNO berakhir apabila Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menang saingan dengan mendapat kedudukan teratas pada pemilihan parti itu hari ini.

Beliau memperolehi 65 undi diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Mohamed Datuk Seri Khaled Nordin dengan 61 undi, setakat kiraan pada jam 10.30 malam tadi.

Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga Pengerusi Backbenchers, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di tempat ketiga dengan 50 undi.

Meskipun kiraan belum berakhir, namun jumlah undi yang tiga calon berkenaan sudah tidak boleh dikejar lima calon lain.

Ini sekaligus menjadikan mereka naib presiden UMNO yang baru.

Pemilihan hari ini, melibatkan sebanyak 189 bahagian daripada keseluruhan 191 bahagian di seluruh negara.

Dua UMNO bahagian tidak menjalankan pemilihan berikutan digantung akibat masalah tertentu iaitu Tanah Merah, Kelantan dan Kota Kinabalu, Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), calon wanita tunggal yang merebut jawatan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said mendapat 33 undi diikuti bekas menteri perumahan dan kerajaan tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 25 undi setakat ini.

Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas menteri besar Johor, Datuk Seti Hasni Mohammad memperoleh 16 undi manakala penyandang Naib Presiden, Mahdzir Khalid mendapat 11 undi.

Seorang lagi calon, Dr Mohd Yusof Musa, belum mendapat sebarang undi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi juga dikuasai oleh orang Zahid.

Zahid telah diputuskan sebagai presiden apabila jawatan itu tidak dipertandingkan, manakala Datuk Seri Mohamad Hasan terus menikus selepas juga kekal sebagai timbalan presiden tanpa bertanding.

Zahid sebelum telah memecat musuh politiknya sebelum pilihan raya umum dan selepas pilihan raya umum menyebabkan kini yang tinggal hanyalah pengampu beliau.
Tindakan Zahid menjadikan UMNO sebagai milik Sdn Bhd, membuatkan orang Melayu yang menyokong parti itu selama ini menjadi muak.

Hal itu dapat dilihat pada pilihan raya lalu, apabila UMNO mencatat keputusan terburuk dalam sejarah dan terpaksa bersekongkol dengan DAP dan PKR untuk membentuk kerajaan perpaduan.

Walaupun DAP kini tidak terlalu menonjol seperti mereka memerintah 22 bulan sebelum ini, tetapi mereka mula menunjukkan belang dan baru-baru ini Hannah Yeoh mencipta kontroversi apabila menggunakan peruntukan kerajaan melaksanakan program belia berkunjung ke rumah-rumah ibadat.

Selepas dibantah, akhirnya program itu dibatalkan.

UMNO pula yang sebelum ini terpaling havoc isi sebegini, hanya memikirkan tembolok masing-masing dan peranan itu diambil-alih oleh Bersatu iaitu parti serpihan UMNO.
suaramerdeka.com.my

 – SM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-