Thursday, March 2, 2023

UMNO semakin dipinggir parti komponen PH: Roslan Shahir

agendaily.com
02/03/2023
Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata laporan yang menyifatkan UMNO sebagai 'haiwan yang cedera' juga menjadi bukti parti itu semakin diketepikan oleh pemimpin parti komponen PH.

UMNO dilihat semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan (PH) – PKR, DAP dan Amanah – dari segi pembahagian kerusi dalam menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan serentak pada Julai depan.

Parti-parti komponen PH itu, walaupun kini berpakat dengan UMNO untuk menghadapi PRN, dikatakan tidak bersedia memberikan sama rata kerusi untuk ditandingi, malah parti ‘keramat’ Melayu itu mungkin menerima peruntukan yang lebih rendah daripada Amanah.

Setiausaha Perhubungan PAS Selangor, Roslan Shahir Datuk Mohd Shahir berkata laporan yang menyifatkan UMNO sebagai ‘haiwan yang cedera’ juga menjadi bukti parti itu semakin diketepikan oleh pemimpin parti komponen PH.

Malah, katanya laporan berkenaan yang memetik sumber sebagai berkata UMNO mungkin tidak banyak diberikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi, khususnya di Selangor, merupakan satu penghinaan terhadap parti itu.

“Bagi saya jika benar laporan ini ia sesungguhnya satu peghinaan buat UMNO. Ia berkenaan perundingan pembahagian kerusi antara PH dan BN di Selangor untuk PRN nanti,” katanya mengulas klip video laporan FMT yang turut mengatakan UMNO tidak berada dalam kedudukan selesa untuk menentukan terma pembahagian kerusi.

Roslan berkata berdasarkan laporan itu UMNO dijangka tidak diberikan banyak peluang untuk bertanding di Selangir, kecuali lima yang telah dimenanginya sebelum ini.

“Daripada 56 kerusi, kekuatan UMNO terhad pada lima… lebih ke bawah dari Parti Amanah Negara (Amanah)?

“Saya pasti sahabat-sahabat akar umbi UMNO tidak dapat terima jika benar begini.

“Takkanlah, contoh Setiausaha Perhubungan UMNO yang juga Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya tidak boleh bertanding satu antara dua kerusi Melayu di kawasannya?

“Adat berkawan biar ada tolak-ansur. Nampaknya dalam berpakat dengan PH ini UMNO ditolak beransur-ansur,” katanya.

Baru-baru ini, FMT memetik seorang pemimpin PH yang berkata BN tidak mempunyai suara kuat dalam rundingan kerusi bersama PH menjelang PRN di Selangor.

Kata pemimpin itu, UMNO yang juga parti tonggak BN, disifatkan seperti “haiwan tercedera” dan tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan terma.

“Pengajaran yang diperoleh daripada PRU-15 adalah orang Melayu tidak lagi melihat UMNO (menjuarai kepentingan mereka),” kata pemimpin PH berkenaan yang enggan dinamakan.

PH menguasai 40 daripada 56 kerusi DUN Selangor, disokong BN (lima), Parti Bangsa Malaysia, dan Warisan.

Pemimpin PH itu berkata, imej UMNO rosak apabila pemimpinnya berdepan tuduhan rasuah.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) mencapai prestasi yang bagus kerana dipilih orang Melayu yang tidak mahu mengundi PH.

“Jadi, kami (PH) tahu UMNO sanggup melakukan apa sahaja untuk bekerjasama,” katanya sambil menambah, PH tahu UMNO terdesak untuk berada di “pihak yang menang”.

“Hakikatnya, UMNO lebih lemah sekarang berbanding beberapa bulan lepas dengan pemecatan dan penggantungan keahlian tokoh penting seperti Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-