Monday, May 29, 2023

Annuar Musa ibarat ‘kahwin terpaksa’ dengan PAS - Umno Kelantan

malaysiakini.com
Diterbitkan: May 29, 2023 
Ketua Penerangan Umno Kelantan Zawawi Othman menyifatkan keadaan bekas pimpinan parti itu Annuar Musa seperti “kahwin terpaksa” selepas menyertai PAS.

Memetik kenyataan pengerusi Muafakat Nasional itu berhubung anak Afiq Amani Annuar yang kekal dalam Umno sebagai ketua pemuda Umno bahagian Ketereh, Zawawi berkata penyertaan Annuar dalam PAS hanyalah untuk kepentingan dirinya sendiri.

“Kita telah masak dengan Annuar Musa ini. Kadang-kadang propagandanya, sembangnya lebih kepada hendak menarik perhatian parti barunya supaya beliau dilihat penting dan relevan.
Zawawi Othman
“Kalau BN-PH ini diibaratkan seperti kahwin paksa dengan semua pimpinan membuang segala ego dan perbedaan pendapat mereka demi menyelamatkan pentadbiran negara, tetapi Annuar dan PAS pula adalah ‘kahwin terpaksa’ yang tentunya hanya memikirkan perihal survival peribadi sendiri,” kata Zawawi dalam satu kenyataan hari ini.

Annuar sebelum ini diminta mengulas mengapa dia tidak menarik ananya menyertai PAS sebagaimana desakan yang dibuat oleh Umno Kelantan.

Katanya, situasi dirinya anaknya berbeza, dia telah dipecat oleh parti, manakala anaknya dipilih untuk menggalas jawatan dalam bahagian pemuda Umno.
Gambar Hiasan - Annuar Musa semasa menghadiri majlis PAS Selangor
Zawawi turut berkata bahawa kata-kata yang disebut oleh Annuar itu adalah tidak rasional, umpama seorang yang makan cili tetapi terpaksa cakap rasanya manis, walhal ia sangat pedas untuk ditelan.

“Kita faham, siapa tidak kecewa jika berada di tempatnya. Apabila anaknya masih bersama kekal berjuang di dalam Umno, ini menunjukkan parti ini masih lagi relevan.

“Kalau tidak relevan, tentunya Annuar sendiri akan memaksa anaknya keluar parti,” katanya.

Pada 20 Mei lalu, bekas setiausaha agung Umno itu mengesahkan yang dia telah mengemukakan permohonan bagi menyertai parti PAS.

Dia pada masa sama berkata tidak memohon untuk kembali menyertai Umno yang disifatkannya telah rosak secara total.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-