Athirah Huda Zalhe
10/06/2023
Perpaduan Ummah, Integrasi Nasional kunci kestabilan pemerintahan
BANGI, 21 Zulkaedah 1444H, Sabtu – PAS berpegang teguh pada pendekatan politik secara aman dan sejahtera serta menolak sebarang pencabulan terhadap kesucian Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
Atas dasar itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata, kombinasi Perikatan Nasional (PN)-Perpaduan Ummah adalah alternatif terbaik berbanding Pakatan Harapan (PH)-UMNO yang didominasi DAP.
Apatah lagi, kombinasi itu diikat dengan penipuan luar tabi’e – no DAP, no Anwar – yang dahulunya dicanang oleh pemimpin ‘mengkarung politik’ sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), katanya.
“PAS daripada dulu tetap teguh mempertahan, memperjuang kedaulatan Islam dan Melayu berasaskan kepada keluhuran Perlembagaan dan perpaduan ummah selaras dengan apa yang telah diusahakan YB Tan Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang.
“Perpaduan Ummah dan Integrasi Nasional adalah kunci kestabilan pemerintahan serta politik negara kerana majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Menurut Ahli Parlimen Jerantut itu, kestabilan terbukti apabila kumpulan majoriti menerajui pemerintahan dan menjaga hak kaum-kaum lain dalam masa yang sama.
“PAS dan PN akan terus bawa agenda perpaduan ummah berteraskan Perlembagaan sebagai satu formula ampuh kestabilan politik dan pentadbiran negara,” katanya.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.