Sunday, July 2, 2023

Anwar arah lelaki biadap doakan perkara buruk buat Abdul Hadi, mohon maaf

bharian.com.my
Oleh Ilah Hafiz Aziz 
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
- Julai 2, 2023 @ 8:10am
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan seorang individu memohon maaf atas ciapan berhubung keadaan kesihatan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang merosot dan sedang menerima rawatan di hospital.

Perdana Menteri dalam ciapan di laman sosial Twitter menyatakan, kekesalan terhadap tindakan individu yang dipercayai penyokong partinya.

"Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera," ciapnya.
Pengguna Twitter @Zaki_Yamani_melalui satu ciapan, meminta agar nyawa Presiden PAS itu diambil supaya ‘kerosakan’ yang dibuat dapat dihentikan selepas dilaporkan keadaan kesihatannya merosot. - Foto Twitter @Zaki_Yamani_

Pengguna Twitter @Zaki_Yamani_ melalui satu ciapan, meminta agar nyawa Presiden PAS itu diambil supaya 'kerosakan' yang dibuat dapat dihentikan selepas dilaporkan keadaan kesihatannya merosot.

Lelaki itu juga menulis perkara sama terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, tinjauan BH di Twitter lelaki terbabit mendapati ciapannya itu masih belum dipadamkan malah lelaki itu mempertahankan kenyataannya.


Dia turut mendapat kecaman daripada pengguna Twitter lain.

BH semalam melaporkan, Abdul Hadi dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan pemantauan doktor.

Perkara itu dimaklumkan anak beliau, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang turut meminta orang ramai berdoa dan melakukan solat hajat untuk kesembuhan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-