Monday, July 3, 2023

DAP mahu jadikan Malaysia negara sekular, berbagai kaum: Mahathir

agendaily.com
03/07/2023
Mahathir beliau mempersoalkan sama ada tindakannya mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia telah menyalahi undang-undang.

DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum dan sekular, dakwa Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa mengikut manifesto DAP supaya parti itu tidak menarik diri daripada kerajaan hari ini.

“Ya. DAP cuma ada empat menteri (dalam Kabinet) tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP. Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh.

“Sebab itu Anwar terpaksa turut manifesto DAP, khusus menjadikan Tanah Melayu negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular (iaitu) negara yang tidak ada agama rasmi.

“(Sekiranya berlaku) Maka tergugurlah keahlian Malaysia dalam OIC (Pertubuhan Kerjasama Islam),” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian dalam satu kenyataan ‘Jangan Main Isu Kaum’ sebagai respons terhadap peringatan Ketua Penerangan UMNO Bukit Gelugur, Mohd Huzaidi Mohd Hussin agar beliau berhenti memainkan sentimen perkauman.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan sama ada tindakannya mempertahankan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia telah menyalahi undang-undang.

“Saya hanya menyuarakan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Apakah mempertahankan Perlembagaan Malaysia menyalahi undang-undang.

“Sebaliknya bertentangan Perlembagaan ialah mempromosi negara berbilang bangsa.

“Apakah kerajaan sekarang menolak the Rule of Law termasuk Perlembagaan Malaysia yang tidak pernah sebut Malaysia sebagai negara berbilang kaum. Sebaliknya Perlembagaan menekankan Ke-Melayuan Malaysia,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-