Thursday, July 20, 2023

Siapa Anwar nak ajar ahli UMNO undi siapa dalam PRN, kata akar umbi

agendaily.com
20/07/2023
Anwar atas pentas UMNO bersama anak muridnya, Zahid semasa Perhimpunan Agung UMNO 2023. Foto kredit Astro Awani

Gesaan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli UMNO supaya tidak mengundi Perikatan Nasional (PN) menimbulkan kecaman akar umbi parti tersebut.

Akar umbi UMNO kurang senang dengan gesaan Presiden PKR itu yang seolah-olah cuba mengajar mereka untuk membuat pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti, lapor sebuah portal.

Menurut laporan FMT, bekas Ketua Puteri UMNO Negeri Sembilan, June Artisha Nazari membidas pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak perlu “mengajar” sehingga sedemikian rupa kerana mereka sejak sekian lama bersama dan mempertahankan parti.

“Ahli yang memang pertahankan UMNO sewaktu dia dan parti serang UMNO dulu. Bukan hak dia (melabel).

“Tidak perlu ajarlah ahli UMNO, mereka tahu siapa yang perlu mereka undi,” katanya dipetik FMT.

June yang kini Ketua Wanita UMNO cawangan Parit mengulas kenyataan Perdana Menteri yang mengingatkan ahli dan bekas ahli parti itu tidak mengundi musuh pada PRN kerana ia pengkhianatan besar kepada bangsa, parti dan agama.

Anwar dilaporkan berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani, Sabtu lalu.

Sementara itu, ahli UMNO Wilayah Persekutuan Izwany Malek berkata, teguran dan gesaan kepada akar umbi parti tersebut hanya perlu diselesaikan di peringkat dalaman sahaja, tanpa melibatkan Anwar.

“Tak perlu campur tangan orang luar yang akan membuatkan lagi keadaan makin keruh, sebab sebelum ini kita diajar untuk ‘say no to Anwar’.

“Tiba-tiba pula orang yang kita tolak selama ini sibuk nak ambil tahu hal kita,” katanya dipetik laporan sama.

Izwany berkata, tindakan Anwar hanya akan menjejaskan peluang akar umbi UMNO yang kini berada atas pagar dan bukan lagi penyokong tegar seperti sebelumnya.

“(Kenyataan itu) membolehkan pengundi UMNO tidak mengundi kerajaan perpaduan,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-