N Faizal Ghazali
Diterbitkan: Aug 23, 2023 1:38 PM
Kerajaan Kelantan mengumumkan akan memberikan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat termasuk pembangkang.
Menteri besarnya, Mohd Nassuruddin Daud berkata, ia selaras dengan dasar kerajaan negeri Kelantan.
“Kita insya-Allah akan berlaku adil kepada semua sekali wakil rakyat sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang.
“Kerana mereka dipilih oleh rakyat, maka kita akan bagi peruntukan sama. Ini berasaskan apa yang disebut di di dalam al-Quran yang menjadi dasar kepada kita.

Sementara itu Mohd Nassuruddin berkata kerajaannya akan merapatkan hubungan antara negeri dan kerajaan persekutuan atas prinsip federalisme.
“Keutamaan kita adalah memenuhi kebajikan dan keperluan rakyat dan insya-Allah kita akan cuba selesaikan masalah melibatkan isu bekalan air terutamanya.
“Memang semua tahu kita berdepan dengan masalah dan bukan Kelantan saja sebenarnya. Jadi insya-Allah kita akan cuba selesaikan secara berperingkat,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.