Siti Hafidah
04/08/2023
Presiden UMNO 'koyak' setiap kali Annuar buka mulut
BANGI, 17 Muharram 1445H, Jumaat – Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yakin UMNO akan pulih dan kembali diterima rakyat jika Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak bersikap menafikan dan berundur secara berhormat.
“Terimalah hakikat, rakyat, pengundi, penyokong dan sebahagian ahli UMNO menolak kamu (Zahid) dan ramai yang telah meninggalkan UMNO kerana kamu.
“Jika kamu tidak denial, berundur secara terhormat, UMNO akan pulih dan kembali diterima ahli, pengundi dan rakyat yang sebelum ini menolak UMNO kerana kamu,” dakwa Tun Faisal.
Beliau juga berkata, Tan Sri Annuar Musa dan semua yang menentang Zahid adalah kerana Presiden UMNO itu telah mengkhianati dasar-dasar parti dan keputusan PAU2019, iaitu ‘No Anwar, No DAP’.
“Apabila kamu menandatangani surat menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan membuat Jajaran Baru dengan DAP pada tahun 2020.
“Berapa kali kamu menafikan dan bersumpah bahawa kamu tidak mengkhianati UMNO, tetapi akhirnya bukankah kamu sendiri yang mengaku di depan pemimpin UMNO bahawa memang kamu yang tandatangan surat sokongan tersebut dan suara kamu di dalam rakaman audio tersebut?” katanya.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Ahmad Zahid yang menyifatkan Annuar Musa ‘gila talak politik’ kerana tidak lagi relevan kepada UMNO, di sebalik dakwaan bekas Ahli Parlimen Ketereh ramai pemimpin dan ahli parti itu keluar beramai-ramai pada 4 Ogos.
Membidas lagi, Tun Faisal berkata, jelas setiap kali Annuar Musa ‘buka mulut’, Ahmad Zahid akan koyak malah bersikap defensif kemudiannya menyerang bekas Setiausaha Agung UMNO ini dengan penipuan dan cerita rekaan.
Beliau bagaimanapun berpendapat sikap ‘in-denial’ Ahmad Zahid memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN).
“Sejak dulu lagi saya dah bagitahu, mula-mula rakyat akan tolak UMNO kerana Zahid, selepas itu pengundi tradisi UMNO dan penyokong UMNO, selepas itu ahli-ahli UMNO.
“Rakyat, pengundi tradisi dan penyokong UMNO dah lama menjauhi UMNO. Selepas itu ahli UMNO yang tidak berjawatan mula meninggalkan UMNO. Selepas Pemilihan UMNO, ahli-ahli UMNO yang berjawatan atau pernah berjawatan sebelum pemilihan UMNO pula mula meninggalkan UMNO.
“Nasihat saya kepada Zahid, tak perlu bersikap ‘denial dan’ defensif. Menyerang Annuar tidak akan menghentikan penghijrahan ahli UMNO dan penghijrahan undi ahli UMNO kepada PN,” katanya.
Sebelum ini, Annuar Musa mendakwa ramai dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO akan meninggalkan parti itu tidak lama lagi.
Tanpa menyatakan berapa ramai seperti dakwaannya, Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata, satu pengumuman mengenainya akan dibuat pada 4 Ogos ini yang turut dihadiri Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.