Wednesday, September 20, 2023

Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid

agendaily.com
20/09/2023
Anwar bersama anak muridnya, Zahid Hamidi.

Jawapan berhubung langkah kerajaan campuran menghentikan kes Ahmad Zahid Hamidi semalam yang diberikan oleh cikgu, Anwar Ibrahim tidak lebih hanya satu retorik politik tanpa mempunyai asas dan merit yang jelas.

Perdana Menteri tidak memberikan asas yang kukuh dan merit yang jelas berhubung langkah membebaskan Presiden UMNO dengan tidak meneruskan prosiding mahkamah kes rasuahnya, malah penjelasan semalam tidak lebih kepada hanya satu gimik politik untuk menyucikan anak murid.

Apakah merit terhadap keputusan Peguam Negara dalam tidak meneruskan perbicaraan terhadap Zahid?

Anwar kononnya berkata sudah bertanya alasan dan penjelasan berhubung keputusan Zahid kepada Peguam Negara, adakah ia sudah cukup untuk memuaskan hati semua pihak dengan kenyataan tersebut di Dewan Rakyat semalam?

Sepatutnya Anwar sendiri meminta Peguam Negara untuk memberi penjelasan kepada ahli dewan berhubung keputusan kes Zahid tersebut, bukannya berlagak menukar profesion menjadi seorang pengamal undang-undang.

Dalam pada itu,Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa Anwar menetapkan “duluan (precedent) yang jelas” apabila kes rasuah membabitkan timbalannya digugurkan di mahkamah.

“Selepas ini, apabila kes rasuah digugurkan satu persatu, peguam negara (AG) – lantikan PM – akan dijadikan perisai utama,” Kata Syed Saddiq membayangkan bahawa peguam negara (AG) akan dijadikan sebagai ‘kambing hitam’.

Ahli Parlimen Muar itu berkata demikian dalam satu hantaran di Twitter, malam tadi.

Beliau merujuk tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik kesemua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram terhadap Zahid.

Tindakan itu menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada tuduhan berkenaan pada 3 Sept lalu.

Bagaimanapun, di bawah DNAA Zahid boleh didakwa semula jika pendakwa raya mahu berbuat demikian pada masa akan datang.

Syed Saddiq bimbang kerajaan pada akan datang akan menjadikan keputusan DNAA membabitkan Zahid sebagai duluan.

“Kalau dia (Anwar) boleh, bakal perdana menteri pun boleh. Masa akan menentukan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-