Monday, November 13, 2023

Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir

agendaily.com
13/11/2023
Dr Mahathir mengkritik Anwar.

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kritikan pedas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai individu yang lebih teruk selepas menjadi Perdana Menteri (PM).

Dr Mahathir menyindir Anwar yang berubah serta-merta selepas dilantik menjadi PM apabila segala janji pembaharuannya sebelum ini hanya sekadar tinggal janji, malah boleh membebaskan individu yang terpalit puluhan kes rasuah.

Kalau kita lihat Anwar, apabila dia tak jadi Perdana Menteri, pendiriannya berbeza. Itu nak revise, itu nak reform.

“Apabila dia menjadi Perdana Menteri, dia menjadi lebih teruk daripada orang yang dia mahu reform,” katanya dalam program Keluar Sekejap.

Dr Mahathir menjadi tetamu terbaharu dalam program yang dikendalikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Dr Mahathir memetik kes rasuah yang dihadapi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dihentikan selepas dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram pada September lalu.

Dr Mahathir berkata Anwar tetap perlu dipersalahkan kerana keputusan mahkamah itu berlaku ketika era kerajaan campuran.

“Dia (Anwar) bercakap, dulu lain, sekarang lain.

“Saya konsisten, dulu masa jadi Perdana Menteri pendirian sama, tak jadi Perdana Menteri, pendirian sama,” katanya lagi.

Khairy kemudiaan mencelah dengan mengatakan bahawa Mahathir merupakan orang yang mengetengahkan Anwar ketika awal kerjaya politik pengerusi PKR itu.

“Pada masa itu, nampak dia warak, baik. Jadi saya bagi peluang pada dia,” katanya.

“Apabila saya ambil dia masuk dalam UMNO, dia ketika itu dilihat sebagai orang yang kuat pegangan agama.

“Kita harap dia dapat suntik dia punya pengetahuan dalam UMNO, supaya UMNO juga dilihat berpegang pada agama.

“Tetapi apabila dia masuk dalam bidang lain, dan jadi Perdana Menteri, benda yang kita harap dia akan urus, berlaku sebaliknya, tak seperti dijanji,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-