Monday, November 13, 2023

Tun M, DAP saling gunakan satu sama lain jatuhkan Najib pada PRU14

hmetro.com.my
Essa Abu Yamin
essabuyamin@bh.com.my
Tun Dr Mahathir Mohamad dalam podcast Keluar Sekejap.

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau dan DAP hanya menggunakan satu sama lain dalam usaha bersama untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dr Mahathir berkata kerjasama dengan DAP itu didorong oleh keinginan bersama untuk mendapatkan majoriti dua pertiga untuk Pakatan Harapan (PH) ketika PRU14 yang mengambil kira bahawa 'the enemy of your enemy is your friend' (musuh kepada musuh anda adalah rakan anda).

"Jika saya tidak menggunakan DAP, kita tidak akan mencapai majoriti dan Najib akan terus menjadi Perdana Menteri. Antara DAP dan Najib, mana satu yang perlu kita hapuskan?

"Sebab itu saya mahu menggunakan DAP dan saya sedar DAP juga mahu menggunakan saya kerana DAP juga mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dan menjatuhkan Najib," katanya pada program podcast Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika disoal bekas Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan, yang mempersoalkannya tidak konsistenan dalam berurusan dengan DAP dan PAS.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu sebelum ini dilihat sering mengkritik DAP dan PAS ketika beliau bersama UMNO.

Selepas keluar UMNO, Dr Mahathir mengasaskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada 2016 dan menyertai PH bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-