Tuesday, December 12, 2023

Jemaah menteri meningkat dari 28 ke 31 orang

malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 12, 2023 11:42 AM
Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang.
Lima menteri baru yang dilantik itu adalah Gobind Singh Deo, Dr Dzulkefly Ahmad, Johari Ghani, Steven Sim dan Amir Hamzah Azizan.

Menteri yang digugurkan ialah V Sivakumar.

Jumlah timbalan menteri pula naik dari 27 kepada 29 orang.

Lima timbalan menteri yang dilantik itu adalah Noraini Ahmad, M Kulasegaran, R Ramanan, Wong Kah Woh dan Zulkifli Hassan.

Sementara, timbalan menteri yang digugurkan ialah Ramkarpal Singh dan Siti Aminah Aching.

Jumlah keseluruhan pula meningkat daripada 55 kepada 60 orang.

Bagaimanapun menurut perdana menteri jumlah itu masih dianggap rendah jika dibandingkan dengan 70 orang semasa kabinet pentadbiran sebelum ini.

Berikut senarai itu

Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim

Menteri Kewangan II: Amir Hamzah Azizan

Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Rubiah Wang

Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Fadhilah Yusof

Timbalan Menteri Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Menteri Luar Negeri : Mohamad Hassan

Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil

Timbalan Menteri Komunikasi: Teo Nie Ching

Menteri Pendidikan Tinggi: Zambry Abdul Kadir

Menteri Digital: Gobind Singh Deo

Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad

Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Armizan Mohd Ali

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-