12/12/2023
Rombakan Kabinet dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tidak memadai dan masih melanggar manifesto yang dicanang-canang sebelum ini oleh Pakatan Harapan (PH).
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan rombakan diumumkan oleh Perdana Menteri itu sekadar kosmetik sahaja kerana tiada perubahan besar yang dilakukan apabila Anwar masih memegang dua jawatan dalam kerajaan campuran ketika ini.
“Sejujurnya saya mengharapkan tugas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipecahkan, namun tidak berlaku.
“Sedangakan perkara itu yang mahu dilihat oleh rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.
Ahmad Fadhli turut mempersoalkan pertambahan anggota pentadbiran dalam kerajaan campuran selepas pengumuman Anwar hari ini yang dilihat membazir wang pembayar cukai.
“Jika dulu Kabinet kecil jimatkan duit rakyat sekarang…apa lagi alasan kerajaan,” ujarnya.
Anwar terdahulu mengumumkan barisan anggota pentadbiran yang baharu yang menyaksikan pertambahan barisan Jemaah Menteri kepada 31 orang berbanding 28 orang sebelum ini dengan beberapa kementerian baharu dibentuk.
Secara keseluruhan, jumlah anggota pentadbiran kerajaan campuran kini adalah 60 orang berbanding 55 orang sebelum ini.
Anwar turut mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet.
Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.