Friday, December 15, 2023

Wakil PN sokong PM patut diberi jawatan, kata PAS

malaysiakini.com
Diterbitkan: Dec 15, 2023 4:49 PM
PAS berpendapat ahli parlimen PN yang sudah memberikan sokongan kepada kerajaan wajar diberikan tempat dalam kabinet Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata dia sendiri menjangkakan Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal adalah antara muka baru yang diberikan jawatan.

“Jangkaan saya meleset rupanya,” kata Takiyuddin seperti dipetik harakahdaily.

Perdana menteri pada 12 Dis lalu mengumumkan anggota baru kabinetnya dengan membuat beberapa penyesuaian, selain membawa muka baru termasuk Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad, dan Gobind Singh Deo (Damansara).

Setakat ini lima ahli parlimen Bersatu-PN sudah menyatakan secara terbuka mereka menyokong kerajaan perpaduan diterajui Anwar dengan Syed Abu Hussin adalah yang terbaru.

Ia dilihat mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan di parlimen, sekali gus dilihat kian menyukarkan usaha PN menjatuhkan kerajaan di luar pilihan raya umum.

Kata Takiyuddin sepatutnya Anwar memberikan tempat sebagai menteri atau timbalan menteri kepada mana-mana ahli parlimen yang memberikan sokongan kepada kerajaan.

Pada masa sama ahli parlimen Kota Bharu itu juga mengingatkan, sokongan diberi wakil PN itu tidak menjamin mereka juga akan mendukung setiap keputusan kerajaan.

“Saya mengatakan mereka yang mengisytihar sokong perdana menteri pun belum tentu akan memberi sokongan dalam bentuk undi kepada kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-