Nora Mahpar
-29 Mar 2024
Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak ‘gah’ seperti sebelum ini dan memilih jalan ‘solo’ perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.
PETALING JAYA: Beberapa pemerhati politik senada bahawa Umno perlu berpaut dengan mana-mana parti atau gabungan untuk melangkah ke gelanggang PRN jika mahu kembali mentadbir Sabah.
Romzi Ationg dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, parti itu perlu akur kekuatannya tidak “gah” seperti sebelum ini, dan memilih jalan “solo” perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.
“Ketika ini Umno tidaklah kuat seperti dulu…Umno kena fikir juga mereka mampu menang banyak kerusi atau tidak jika bertanding solo sebab Umno sekarang menghadapi krisis kepimpinan, dan keduanya sentimen tempatan.
“Pilihan terbaik adalah kerjasama dengan parti lain, dan bertanding solo itu perlu jadi pilihan terakhir,” katanya kepada FMT, sambil berpendapat pilihan bertanding solo kemungkinan dipengaruhi kegagalan Umno Sabah diketuai Bung Moktar Radin untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan parti lain.
Kelmarin, FMT melaporkan Umno Sabah sedang meneroka potensi bertanding solo, bergantung kemampuannya memperkukuh parti menjelang pembubaran DUN yang dijangka diawalkan tahun ini walaupun penggal hanya akan tamat Oktober 2025.
Ketua Penerangannya Suhaimi Nasir berkata autonomi diberikan kepada mereka telah dimanfaatkan untuk berunding dengan semua parti atas arahan Presiden Zahid Hamidi, namun keputusan muktamad belum dibuat.
“Di peringkat lain juga akan turut terkesan (jika tidak selari dengan persekutuan) jadi lebih baik elak daripada kesan lebih buruk,” tegasnya.
Pada 14 Dis lalu, Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa Bung setuju dengan pakatan dua parti itu bagi melawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor pada PRN ke-17.
Namun, dakwaan Shafie dinafikan Timbalan Ketua Umno Sabah, Rahman Dahlan yang berkata mereka belum memutuskan pakatan pilihan raya.
Zahid pula menjelaskan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN) terbuka kepada pakatan dengan mana-mana parti untuk PRN Sabah, tetapi keputusan hanya akan dibuat selepas DUN dibubarkan.
Ahad lalu, Timbalan Presiden BN Mohamad Hasan berkata keputusan sama ada komponen itu bertanding sendirian atau bekerjasama dengan parti lain akan diputuskan di peringkat pusat walaupun memberikan autonomi kepada Umno Sabah.
“Dalam apa juga keadaan, perhitungan perlu tepat dan Umno perlu bergabung dengan parti lain menjelang PRN kerana dengan itu sahaja mereka dapat gembleng kekuatan dari segi strategi dan sokongan akar umbi.
“Jika Umno sendiri (solo), tidak mungkin dia dapat tubuhkan kerajaan…itu adalah mustahil.”
Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak ‘gah’ seperti sebelum ini dan memilih jalan ‘solo’ perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.
Penggal DUN Sabah hanya akan tamat Oktober 2025 namun dijangka dibubarkan lebih awal untuk memberi laluan kepada PRN tahun ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Beberapa pemerhati politik senada bahawa Umno perlu berpaut dengan mana-mana parti atau gabungan untuk melangkah ke gelanggang PRN jika mahu kembali mentadbir Sabah.
Romzi Ationg dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, parti itu perlu akur kekuatannya tidak “gah” seperti sebelum ini, dan memilih jalan “solo” perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.
“Ketika ini Umno tidaklah kuat seperti dulu…Umno kena fikir juga mereka mampu menang banyak kerusi atau tidak jika bertanding solo sebab Umno sekarang menghadapi krisis kepimpinan, dan keduanya sentimen tempatan.
“Pilihan terbaik adalah kerjasama dengan parti lain, dan bertanding solo itu perlu jadi pilihan terakhir,” katanya kepada FMT, sambil berpendapat pilihan bertanding solo kemungkinan dipengaruhi kegagalan Umno Sabah diketuai Bung Moktar Radin untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan parti lain.
Kelmarin, FMT melaporkan Umno Sabah sedang meneroka potensi bertanding solo, bergantung kemampuannya memperkukuh parti menjelang pembubaran DUN yang dijangka diawalkan tahun ini walaupun penggal hanya akan tamat Oktober 2025.
Ketua Penerangannya Suhaimi Nasir berkata autonomi diberikan kepada mereka telah dimanfaatkan untuk berunding dengan semua parti atas arahan Presiden Zahid Hamidi, namun keputusan muktamad belum dibuat.
Romzi Ationg.
Romzi menambah, Umno Sabah wajar mempertimbang kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk memilih rakannya bertempur pada PRN.“Di peringkat lain juga akan turut terkesan (jika tidak selari dengan persekutuan) jadi lebih baik elak daripada kesan lebih buruk,” tegasnya.
Pada 14 Dis lalu, Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa Bung setuju dengan pakatan dua parti itu bagi melawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor pada PRN ke-17.
Namun, dakwaan Shafie dinafikan Timbalan Ketua Umno Sabah, Rahman Dahlan yang berkata mereka belum memutuskan pakatan pilihan raya.
Zahid pula menjelaskan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN) terbuka kepada pakatan dengan mana-mana parti untuk PRN Sabah, tetapi keputusan hanya akan dibuat selepas DUN dibubarkan.
Ahad lalu, Timbalan Presiden BN Mohamad Hasan berkata keputusan sama ada komponen itu bertanding sendirian atau bekerjasama dengan parti lain akan diputuskan di peringkat pusat walaupun memberikan autonomi kepada Umno Sabah.
Jeniri Amir.
Sementara itu, penganalisis veteran Jeniri Amir berkata memutuskan rakan kerjasama dalam PRN harus dilakukan dengan tepat kerana ia mampu menggembleng kekuatan akar umbi untuk menentang lawannya kelak.“Dalam apa juga keadaan, perhitungan perlu tepat dan Umno perlu bergabung dengan parti lain menjelang PRN kerana dengan itu sahaja mereka dapat gembleng kekuatan dari segi strategi dan sokongan akar umbi.
“Jika Umno sendiri (solo), tidak mungkin dia dapat tubuhkan kerajaan…itu adalah mustahil.”
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.