Showing posts with label PRN Sabah. Show all posts
Showing posts with label PRN Sabah. Show all posts

Friday, March 29, 2024

Tanding solo pilihan akhir jika Umno mahu kembali tadbir Sabah, kata penganalisis

freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-29 Mar 2024

Romzi Ationg berkata Umno perlu akur kekuatannya tidak ‘gah’ seperti sebelum ini dan memilih jalan ‘solo’ perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.
Penggal DUN Sabah hanya akan tamat Oktober 2025 namun dijangka dibubarkan lebih awal untuk memberi laluan kepada PRN tahun ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Beberapa pemerhati politik senada bahawa Umno perlu berpaut dengan mana-mana parti atau gabungan untuk melangkah ke gelanggang PRN jika mahu kembali mentadbir Sabah.

Romzi Ationg dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata, parti itu perlu akur kekuatannya tidak “gah” seperti sebelum ini, dan memilih jalan “solo” perlu dijadikan pilihan terakhir jika mahu terus relevan.

“Ketika ini Umno tidaklah kuat seperti dulu…Umno kena fikir juga mereka mampu menang banyak kerusi atau tidak jika bertanding solo sebab Umno sekarang menghadapi krisis kepimpinan, dan keduanya sentimen tempatan.

“Pilihan terbaik adalah kerjasama dengan parti lain, dan bertanding solo itu perlu jadi pilihan terakhir,” katanya kepada FMT, sambil berpendapat pilihan bertanding solo kemungkinan dipengaruhi kegagalan Umno Sabah diketuai Bung Moktar Radin untuk berunding mengenai pembahagian kerusi dengan parti lain.

Kelmarin, FMT melaporkan Umno Sabah sedang meneroka potensi bertanding solo, bergantung kemampuannya memperkukuh parti menjelang pembubaran DUN yang dijangka diawalkan tahun ini walaupun penggal hanya akan tamat Oktober 2025.

Ketua Penerangannya Suhaimi Nasir berkata autonomi diberikan kepada mereka telah dimanfaatkan untuk berunding dengan semua parti atas arahan Presiden Zahid Hamidi, namun keputusan muktamad belum dibuat.
Romzi Ationg.
Romzi menambah, Umno Sabah wajar mempertimbang kerjasama parti itu dalam kerajaan perpaduan untuk memilih rakannya bertempur pada PRN.

“Di peringkat lain juga akan turut terkesan (jika tidak selari dengan persekutuan) jadi lebih baik elak daripada kesan lebih buruk,” tegasnya.

Pada 14 Dis lalu, Presiden Warisan, Shafie Apdal mendakwa Bung setuju dengan pakatan dua parti itu bagi melawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor pada PRN ke-17.

Namun, dakwaan Shafie dinafikan Timbalan Ketua Umno Sabah, Rahman Dahlan yang berkata mereka belum memutuskan pakatan pilihan raya.

Zahid pula menjelaskan Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN) terbuka kepada pakatan dengan mana-mana parti untuk PRN Sabah, tetapi keputusan hanya akan dibuat selepas DUN dibubarkan.

Ahad lalu, Timbalan Presiden BN Mohamad Hasan berkata keputusan sama ada komponen itu bertanding sendirian atau bekerjasama dengan parti lain akan diputuskan di peringkat pusat walaupun memberikan autonomi kepada Umno Sabah.
Jeniri Amir.
Sementara itu, penganalisis veteran Jeniri Amir berkata memutuskan rakan kerjasama dalam PRN harus dilakukan dengan tepat kerana ia mampu menggembleng kekuatan akar umbi untuk menentang lawannya kelak.

“Dalam apa juga keadaan, perhitungan perlu tepat dan Umno perlu bergabung dengan parti lain menjelang PRN kerana dengan itu sahaja mereka dapat gembleng kekuatan dari segi strategi dan sokongan akar umbi.

“Jika Umno sendiri (solo), tidak mungkin dia dapat tubuhkan kerajaan…itu adalah mustahil.”

Thursday, October 1, 2020

Annuar cadang lantik wakil PAS ke dalam kabinet Sabah

malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 11:58 am

Setelah memenangi pilihan raya negeri (PRN) Sabah, pemimpin parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencadangkan agar kerajaan baru negeri di bawah bayu melantik wakil pemimpin mereka seperti PAS untuk menganggotai Kabinet atau Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Mengulas lanjut perkara itu, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa berkata beliau percaya sekurang-kurangnya seorang wakil PAS akan mengisi satu dari enam anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dilantik.

“Saya percaya seorang wakil PAS akan mengisi satu dari enam Adun dilantik. Mungkin dua lagi dari Umno, tiga lagi dari PBS, Star dan Bersatu,” tulisnya di Twitter, semalam.

Annuar, yang juga ahli parlimen Ketereh dan menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian mengulas kenyataan Bersatu Terengganu yang mencadangkan wakil pemimpin gabungan GRS seperti PAS menganggotai kabinet mereka.

Annuar juga menyatakan harapan untuk melihat wakil wanita dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

DUN Sabah mempunyai 73 kerusi yang diisi oleh perwakilan melalui pilihan raya.

Perlembagaan negeri membenarkan ketua menteri untuk meminta Yang Dipertua Negeri Sabah menambah enam lagi anggota dewan yang dicalonkan.

GRS, gabungan longgar terdiri daripada BN, Perikatan Nasional dan PBS, memperoleh kemenangan dalam pilihan raya negeri, pada Sabtu lalu.

Dalam PRN Sabah, GRS memperoleh 38 kerusi sekali gus membolehkan perikatan itu membentuk kerajaan negeri.

Semalam, Adun Sulaman, Hajiji Mohd Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 selepas mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.

Turut mengangkat sumpah ialah Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Dr Jeffry Kitingan pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 2 serta jawatan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri 3 dipegang oleh Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Joachim Gunsalam, selain dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah.

Turut mencadangkan perkara yang sama ialah Bersatu Terengganu, semalam.

Pengerusinya, Razali Idris berkata lantikan tersebut harus dibuat sebagai tanda penghargaan kepada parti itu yang melakukan pengorbanan tidak meletakkan calon pada PRN Sabah ke-16.

“Mudah-mudahan kerajaan GRS terus berkhidmat kepada rakyat dan segera melaksanakan aku janji PRN,” katanya.

Monday, September 28, 2020

PBS dakwa ‘parti kapal’ hubungi pemimpinnya untuk beli kerusi, tawar duit, jawatan

FMT Reporters
freemalaysiatoday.com
-September 27, 2020 11:11 PM
PBS mendakwa disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.

PETALING JAYA: PBS hari ini mendakwa parti itu dijadikan sasaran fitnah susulan kemelut pelantikan calon ketua menteri Sabah yang sehingga kini masih belum selesai.

Parti itu dalam kenyataan di Facebook berkata, disebabkan mahukan jawatan dan kuasa, terdapat pihak tertentu daripada “parti kapal” mula menghubungi pemimpin daripada parti itu bertujuan untuk membeli kerusi.

“Mainan politik kotor parti lawan yang pada masa kempen kononnya mengamalkan nilai prinsip dan maruah, nilai kesatuan dan integriti kini berubah wajah, berubah rupa.

“Mereka yang kononnya parti tempatan lebih baik daripada parti Malaya tetapi sebenarnya bertopengkan musang. Kerana mahukan jawatan dan kuasa, parti kapal ini mula menghubungi Yang Berhormat (YB) PBS untuk beli kerusi.

“Mereka sanggup menawar duit dan jawatan untuk YB PBS,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan PBS Joniston Bangkuai menafikan dakwaan akan bersatu tenaga dengan Warisan Plus untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam, PBS berjaya memperoleh kemenangan di 7 kerusi ditandingi mereka. Kerusi itu adalah di DUN Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

Menurut parti itu, PBS bukan parti yang baru dibina serta bukan parti murahan dan tidak berwibawa. Katanya, PBS terbentuk daripada rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

“Sedarlah wahai Warisan Plus, PBS bukan parti yang baru dibina kelmarin, PBS bukan parti yang murahan dan tidak berwibawa.

“PBS pernah dianiaya, difitnah dan dicaci, tapi PBS kekal berdiri untuk rakyat. PBS berpegang pada prinsip dan maruah, PBS akan kekal bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS menang 38 daripada 73 kerusi dipertandingkan pada PRN Sabah sekali gus berjaya menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Warisan Plus pula memenangi 32 kerusi, manakala bakinya dikuasai calon bebas.

Sunday, September 27, 2020

Calon parti GRS paling banyak menang DUN jadi KM Sabah – Zahid

Home/Politik
suaramerdeka.com

/

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan adalah munasabah calon parti Gabungan Rakyat Sabah yang menang paling banyak kerusi dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.

Ahmad Zahid berkata, calon Ketua Menteri yang baharu akan dilantik selepas rundingan dijalankan oleh calon-calon GRS yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah semalam.

“Alhamdullilah cara kebetulan, Bersatu dalam gabungan ini memperolehi kerusi yang paling banyak.

“Dari segi kemunasabahan adalah lebih baik jika mana-mana parti dalam gabungan yang memperolehi kerusi yang terbanyak diberikan mandat dan peluang untuk mengetuai kerajaan negeri setelah rundingan diadakan di kalangan gabungan parti-parti itu,” kata Ahmad Zahid.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang terdiri daripada rakyat Sabah perlu memilih Ketua Menteri mereka sendiri tanpa pengaruh mana-mana pihak.

Prestasi Perikatan Nasional paling baik dalam PRN Sabah

Bernama
-September 27, 2020 9:18 AM
Perikatan Nasional memenangi 59% daripada kerusi yang ditandinginya dalam PRN Sabah semalam berbanding BN yang dilihat merosot.

KUALA LUMPUR: Prestasi Perikatan Nasional (PN) dilihat menjadi antara penyumbang kepada kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

PN, merangkumi PPBM, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) yang bertanding di bawah 1 logo, berjaya memenangi kira-kira 59% kerusi ditandingi, iaitu 17 daripada 29 kerusi.

Ia melibatkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau, Pintasan, Sulaman, Kawang, Membakut, Klias, Kuala Penyu, Karanaan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Tulid, Sook, Nabawan, Labuk dan Apas.

Penegrusi PPBM Sabah Hajiji Noor, menang di kerusi Sulaman dengan memperoleh majoriti 3,099, mengalahkan 2 pencabarnya Rekan Hussien daripada Parti Cinta Sabah (PCS) dan Aliasgar @ Ali Ashgar Basri dari Parti Warisan Sabah (Warisan).

Sementara itu, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan, mengekalkan kerusi DUN Tambunan dengan majoriti 6,792, dalam pertandingan 6 penjuru.

Barisan Nasional (BN), yang dianggotai Umno, MCA dan PBRS, merupakan rakan sekutu dalam GRS memenangi 14 daripada 41 kerusi ditandingi.

BN-Umno memenangi 34% kerusi yang ditandingi, iaitu di Bengkoka, Tempasuk, Usukan, Pantai Dalit, Karambunai, Tanjung Keramat, Pantai Manis, Sugut, Sungai Manila, Sungai Sibuga, Lamag, Sukau, Balung dan Tanjung Batu.

BN-MCA yang bertanding di 4 kerusi, iaitu Kapayan, Elopura, Karamunting dan Likas, dan BN-PBRS yang bertanding Mattunggong, Tandek, Kadamaian, Tulid dan Sook, gagal memenangi sebarang kerusi.

Prestasi BN merosot, berbanding 29 kerusi yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Melengkapkan kemenangan keseluruhan 38 kerusi GRS ialah 7 kerusi yang menjadi milik Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu di Matunggong, Tandek, Tamparuli, Kiulu, Lumadan, Kundasang dan Telupid.

Warisan, walaupun gagal mempertahankan kerajaan negeri, mencatatkan prestasi lebih baik berbanding PRU14.

Parti itu memperoleh 29 daripada 54 kerusi ditandingi, berbanding 21 kerusi pada PRU14.

Rakan sekutunya dalam Warisan Plus, PKR, mengekalkan 2 kerusi dimenangi pada PRU lalu, iaitu di Inanam dan Api-Api, sementara Upko hanya memenangi DUN Kadamaian daripada 12 kerusi ditandingi.

Pilihan raya negeri itu menyaksikan pertembungan sengit antara GRS dan Warisan Plus dengan parti tempatan, termasuk PCS, yang bertanding di kesemua 73 kerusi, gagal meraih sebarang kemenangan.

Nasib sama turut menimpa Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Liberal Democratic Party (LDP), Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Sabah Native Co-operation Party (Anak Negeri), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), dan Parti Kebangsaan Sabah (PKS).

Dalam pada itu 3 kerusi DUN berjaya dimenangi calon Bebas iaitu Ruddy Awah (Pitas), Rubin Balang (Kemabong) dan Masiung Banah (Kuamut).

Friday, September 25, 2020

Mahdzir nafi Umno berpecah selepas Zahid tidak hadir ceramah perdana GRS

Mohamad Fadli
freemalaysiatoday.com
-September 25, 2020 8:13 AM
Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid ditemui pemberita pada ceramah GRS di Kampung Sendil, Putatan, malam tadi.

KOTA KINABALU: Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid menafikan wujudnya perpecahan dalam parti itu selepas presidennya Ahmad Zahid Hamidi tidak hadir dalam ceramah perdana Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini, malam tadi.

Beliau berkata, Umno masih kuat dan semua ahli Parlimen parti itu bersatu hati.

“Tidak. Kita satu. Kita ada 39 orang ahli Parlimen. Kita sangat baik dan utuh.

“Anda dapat lihat Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan (Keselamatan) buat pengumuman dari Sandakan,” katanya ketika ditemui pemberita pada ceramah GRS di Kampung Sendil, Putatan, malam tadi.

Dalam ceramah perdana itu, Zahid yang juga pengerusi BN tidak hadir walaupun difahamkan beliau berada di Kota Kinabalu.

Selain Zahid, Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin juga tidak kelihatan.

Dalam ceramah itu, BN diwakili oleh Mahdzir dan Presiden MCA, Wee Ka Siong.

Turut hadir adalah Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Hazmah Zainuddin; Pengerusi PN Sabah Hajiji Noor; Presiden Star Jeffrey Kitingan, Setiausaha Agung PBS Jahid Janim dan Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup.

Semalam merupakan hari kempen terakhir sebelum hari mengundi pilihan raya negeri (PRN) Sabah Sabtu.

Sementara itu, Wee enggan mengulas ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Zahid pada majlis itu.

Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, mengumumkan mendapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” daripada ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

Zahid dilaporkan berkata semalam bahawa partinya tidak dapat menghalang ahli Parlimen yang mahu menyokong Anwar.

Pengumuman Anwar itu, bagaimanapun, ditolak oleh pemimpin parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Muhyiddin, termasuk BN, PAS, PPBM, GPS, Star dan PBS.

Thursday, September 24, 2020

Keputusan PRN Sabah akan tentukan bila Parlimen akan dibubarkan

Oleh MALASIA DATELINE
September 24, 2020


Keputusan bila Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya ke 15 akan ditentukan Sabtu, 26 September ini apabila keputusan pilihan raya umum negeri Sabah akan diketahui.

Veteran DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataannya pagi ini berkata, notis sidang Dewan Rakyat untuk membahaskan Belanjawan Negara untuk 2021 telah dikeluarkan.

“Notis telah keluar untuk Sidang Belanjawan selama 27 hari akan bermula dari 2 November hingga 15 Disember 2020.

“Adakah sidang Parlimen kali ini akan berlangsung atau Parlimen akan dibubarkan sebelum atau selepas sidang belanjawan?

“Persoalan ini akan dijawab selepas Sabtu ini, bergantung kepada keputusan pilihan raya umum Sabah pada 26 September ini,” kata Lim Kit Siang dalam kenyataannya.

2 PM SERENTAK

Menurut beliau juga, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dalam keadaan keliru samada beliau masih perdana menteri atau tidak.

Kata Muhyiddin di Kota Kinabalu malam tadi, “Sebahagian dari tuan puan mungkin mahu bertanya, adakah saya berdiri di sini sebagai perdana menteri.”

“Dia yakinkan orang ramai bahawa dia masih perdana menteri walaupun Anwar Ibrahim dalam sidang media tengahari semalam mengumumkan beliau mempunyai bilangan yang cukup untuk menggantikan Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Tiba-tiba, Malaysia ada dua perdana menteri dalam satu masa, perdana menteri dalam pejabat Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan perdana menteri menunggu Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, PRU -15 akan diawalkan jika gabungan Barisan Nasional, Perikatan Nasional yang dinamakannya sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang dalam pilihan raya Sabtu ini.

“Di peringkat nasional kita belum putuskan bila mahu adakan pilihan raya… tetapi di Sabah kalau kita sudah menang… kita cepat-cepatlah adakan pilihan raya di peringkat pusat.

“Apa yang penting PRN Sabah ini, adalah isyarat yang kita dapat diperolehi sama ada rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN) atau rakyat mahu saya menjadi Perdana Menteri kerana kita mahu Malaysia bergerak maju ke hadapan dan kita mahu Malaysia berjaya.

“Salah satu cara untuk berjaya adalah terus bersama saya,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri dengan penduduk tempatan di sini, hari ini.

Tuesday, September 22, 2020

PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi

by - Cinca
on - 9/22/2020 12:55:00 Pm

KOTA KINABALU: Polis Sabah akan menjalankan siasatan ke atas seorang calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan seolah-olah menghina pasukan keselamatan ketika Op Daulat di Tanduo, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali menegaskan, siasatan tersebut susulan 35 laporan polis yang diterima pihaknya ekoran kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu itu.

“Unit siasatan Bukit Aman akan ambil alih bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 500 dan 505b Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kita akan melakukan siasatan secara profesional dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk arahan lanjut,” katanya selepas melawat pusat pengundian awal di Mess Pegawai Kanan IPK Sabah, di sini, hari ini.

Mohamaddin dalam video tular di media sosial, ketika berceramah di Kampung Wawasan Lahad Datu mendakwa pertempuran di Tanduo adalah sebagai 'sandiwara'.

Selain itu, Hazani menjelaskan, pihaknya akan memanggil Mohamaddin bagi dirakam percakapan dalam waktu terdekat.

“Sebolehnya, saya cuba nak buat (rakam percakapan) selepas PRN supaya tidak ganggu proses kempen dan juga PRN itu sendiri,” katanya – Astro Awani

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-polis-siasat-mohamaddin-ketapi.html#ixzz6YkOf3VLS

Monday, September 21, 2020

Pertembungan di 11 kerusi buktikan PN BN tidak sejalan

Oleh MOHD ALI HASHIM
malaysiadateline.com
September 21, 2020


Pertembungan sesama sendiri di sebelas buah kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini membuktikan pihak lawan tidak sepakat dan mempunyai masalah dalam rundingan sesama mereka.

Namun begitu, bagi AMANAH, meskipun bertanding hanya satu kerusi sahaja di N24 Dun Tanjung Keramat, ia sudah cukup untuk memberikan perhatian yang amat bermakna agar ia menjadi kemenangan sulung di Sabah.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha AMANAH negeri Kedah, Asmirul Anuar Aris (gambar atas).

Jelas beliau lagi, melihat kepada sambutan yang diberikan oleh rakyat Sabah, adalah diyakini ia memberi gambaran jelas untuk bertanding sebagai satu kumpulan di bawah satu pemimpin dan menurut apa yang menjadi keutamaan.

“Kami di bawah satu kumpulan bersama Warisan, AMANAH, PKR, DAP dan UPKO telah bersetuju untuk menamakan hanya Datuk Seri Panglima Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Namun begitu, ianya amat berbeza dengan pihak lawan apabila mereka mempunyai masalah bagi menentukan siapakah calon ketua menteri dan membuktikan pakatan mereka mempunyai masalah dalam rundingan.

“Meskipun AMANAH hanya bertanding satu kerusi sahaja di Dun Tanjung Keramat, ia sudah cukup untuk memberikan perhatian bermakna agar calon AMANAH yang merupakan anak tempatan mampu untuk memenangi kerusi tersebut,” ujar beliau lagi.

Sejajar dengan itu tambahnya, usaha yang bersungguh-sungguh bersama doa dari seluruh rakan-rakan pendokong serta penyokong dengan hasrat untuk merealisasikan kejayaan tersebut akan menjadi realiti.

Sunday, September 20, 2020

Jika tiada semangat setiakawan, bubar sahaja PH, kata Pemuda PKR Sabah

FMT Reporters
freemalaysiatoday
-September 19, 2020 11:36 PM
Ketua Penerangan Pemuda PKR Sabah Razeef Rakimi berkata, Lim Guan Eng sepatutnya fokus pada PRN Sabah, bukannya mengeruhkan keadaan dengan mencadangkan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH.

PETALING JAYA: Pemuda PKR Sabah menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk memberi laluan kepada Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri jika Anwar Ibrahim tidak mampu mendapat sokongan bagi menjatuhkan Perikatan Nasional (PN) sebagai tindakan terdesak.

Ketua penerangan Pemuda PKR Sabah, Razeef Rakimi turut menyifatkan kenyataan Guan Eng seolah-olah “kemaruk” untuk berkuasa semula sehingga sanggup membelakangkan setiakawan Pakatan Harapan (PH).

“Jika beliau sudah tiada semangat setiakawan, bubarkan sahaja Pakatan Harapan. Ini kerana tindakan mereka sebelum ini pun seolah-olah membelakangi Pakatan Harapan.

“Lim Guan Eng sepatutnya fokus pada pilihan raya negeri Sabah, berbanding menyentuh soal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Majlis Presiden PH sebelum ini secara jelas bersetuju bahawa Anwar adalah calon perdana menteri dan jika tidak mendapat majoriti, maka fokus berikutnya adalah mengukuhkan pakatan bagi mengambil semula mandat pada pilihan raya umum ke-15 akan datang.
Razeef Rakimi
“Jika sebelum ini kita bersetuju Shafie Apdal sebagai calon ketua menteri Sabah, mengapa Guan Eng perlu mengeruhkan keadaan dengan mencadangkan Shafie sebagai calon perdana menteri?

Terdahulu Guan Eng mengulangi sokongannya kepada Anwar dan Shafie sebagai calon perdana menteri jika PH kembali berkuasa.

Dalam wawancara bersama FMT beliau berkata, presiden PKR dan Warisan tersebut tetap menjadi pilihannya untuk jawatan tertinggi kerajaan itu.

“Kami menyokong Anwar untuk mendapat jumlah (sokongan) itu, tetapi jika beliau tidak mampu, kami perlu memberi Shafie peluang dan penghormatan sewajarnya sebagai PM pertama dari Malaysia Timur,” katanya.

Friday, September 18, 2020

Tuan Ibrahim: Perselisihan Umno-Bersatu perlu diketepi demi kekalkan PN

malaysiakini.com
Dikemaskini Hari ini 6:36 pm

Tuntutan pilihan raya negeri (PRN) di Sabah memaksa majlis penerimaan secara rasmi Bersatu ke dalam Muafakat Nasional (MN) terpaksa ditunda, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kata Tuan Ibrahim majlis berkenaan sepatutnya diadakan pada 14 Sept lalu iaitu sempena setahun piagam dimeterai di antara Umno dan PAS.

Menurut menteri kabinet itu lagi, MN bersetuju untuk menerima Bersatu di sebalik adanya rasa kurang senang Umno kepada parti serpihan mereka itu.

Pun begitu, kata Tuan Ibrahim, perselisihan tersebut terpaksa diketepikan agar kerajaan PN dapat terus dikekalkan.

“Tarikh 14 Sept sepatutnya sambutan tahun pertama Muafakat Nasional dan kita sudah setuju Bersatu menyertainya.

“Oleh kerana PRN Sabah, (ia) terpaksa ditangguhkan... kemungkinan hujung bulan ini kita akan buat semula majlis tersebut,” katanya seperti dipetik harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian semasa berucap di majlis Ijtimak Pilihan Raya PAS Kubang Kerian malam tadi. Tuan Ibrahim merupakan ahli parlimen bagi kawasan tersebut.

Faham perasaan Umno

Umno dan PAS menjalin hubungan secara rasmi pada 14 Sept tahun lalu selepas berdekad-dekad menjadi musuh politik dalam satu majlis yang menghimpunkan pemimpin serta penyokong kedua-dua parti di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Ia dibuat ketika kedua-dua parti masih menjadi pembangkang ketika itu.

Bagaimanapun pada akhir Feb lalu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH) dan sebahagian ahli parlimen PKR pula berpaling tadah untuk menyokong mereka.

Ia menyaksikan kejatuhan kerajaan PH sebelum diikuti dengan kemunculan gabungan Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu dan PAS serta Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Progesif Sabah (SAPP).

Umno - dan BN - pula tidak menyertai PN di sebalik pembabitan PAS dalam PN dan MN.

Sebelum ini hubungan Umno dan Bersatu juga dilihat kurang mesra ekoran isu pengagihan kerusi dewan undangan negeri dan parlimen, terutama membabitkan kawasan yang dimenangi atas tiket BN pada 2018 sebelum wakil rakyatnya melompat ke Bersatu.

Dalam laporan itu juga harakahdaily memetik Tuan Ibrahim sebagai berkata, dia memahami perasaan Umno apabila terpaksa bekerjasama semua dengan Bersatu.

Katanya, kerjasama kedua-dua parti itu diperlukan untuk memperkuatkan lagi kerajaan PN.

Mampukah rakyat utamakan pemimpin muslim wibawa?

Senior Editor
blogger.com

BANGI, 30 Muharram 1442H, Jumaat – Mampukah rakyat Malaysia membuat keputusan untuk mendahulukan pemipin muslim yang berwibawa, amanah dan kompeten?

Persoalan itu ditimbulkan oleh Naib Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin susulan daripada pelbagai kejadian politik yang melanda negara sejak kebelakangan ini seperti Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, selain wakil rakyat lompat parti.

Beliau berkata, sejak sekian lama negara dikuasai ‘warlord’ politik dengan pelbagai agenda yang jauh daripada memartabatkan semula agama, bangsa dan masa depan negara.

“Mampukah rakyat Malaysia membuat keputusan untuk mendahulukan pemilihan kepimpinan kepada pemimpin muslim yang berwibawa, amanah dan kompeten?

“Pemimpin yang jauh daripada rasuah kronisma, membenar empayar peribadi, mendukung agenda liberal, evangelis, cauvinis, syiah, komunis dan tidak tunduk kepada agenda asing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Dr Zainur Rashid berkata, ramai ‘warlord’ tidak mahu memberikan ruang dan peluang kepada pemimpin pelapis yang dinamik dan berkaliber.

“Cuba bandingkan dengan parti-parti politik Melayu sekarang, hampir semua kalau tidak semua dibolot oleh orang lama,” katanya.

#Sumber : Isma Web

Tuesday, September 15, 2020

BN, PAS 'beza pendapat' calon KM Sabah

Kow Gah Chie
malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 10:57 pm

PRN SABAH | BN dan PAS kelihatan berbeza pendapat mengenai calon ketua menteri Sabah sekiranya gabungan pembangkang negeri itu memenangi pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu menyerahkan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memutuskan ketua menteri seterusnya manakala Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mahu pihak yang menang PRN memutuskan hal itu.

Ini meskipun kedua-dua pemimpin Muafakat Nasional itu hadir sepentas berceramah di Putatan untuk kempen calon BN.

"Tunggu lepas PRN, lepas (itu) Kita serah kepada PM.

"Kita tak bertanding, kami serah kepada siapa yang bertanding," kata Tuan Ibrahim sebelum bergegas ke satu majlis lain pula.

Tuan Ibrahim, yang juga menteri alam sekitar dan air berkata demikian ketika ditanya mengenai calon ketua menteri pilihan PAS sama ada Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin atau Ketua Bersatu Sabah Hajiji Noor.

Bagaimanapun, pengerusi BN pula seakan memberi maklum balas terhadap kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Mohamed Azmin Ali mengenai Hajiji layak menjadi calon ketua menteri.

Terdahulu, Azmin yang juga menteri kanan itu berkata rakyat Sabah memerlukan pemimpin yang dihormati untuk menjadi ketua menteri dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah ketua Bersatu Sabah itu.

Sebaliknya, Zahid berkata hanya pihak yang menang majoriti kerusi layak untuk menjadi ketua menteri.

"Jangan main isu sensitif, BN kita ada PBRS, MCA rakan lain seperti Bersatu dan parti lain termasuk PN.

"BN memutuskan jangan cakap siapa jadi calon ketua menteri, kita bagi menang dulu. Sudah menang sekurang-kurangnya 73 DUN yang menang, kalau nasib baik, kita berunding di kalangan Adun, masa itu baru pilih ketua menteri.

"Ingat, kerusi paling banyak yang layak pilih ketua menteri," tegas beliau.

[Berita penuh menyusul]

Pemimpin Umno, PAS negeri akan diberi jawatan jika BN, sekutu menang - Zahid


PRN SABAH | Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan rancangan untuk membuat lantikan politik kepada pemimpin Umno dan PAS di Sabah sekiranya BN dan sekutu menang dalam pilihan raya negeri.

"Sudah tentu kekecewaan itu saya dapat rasakan. Ada beberapa jawatan lantikan yang akan kita berikan kepada tokoh-tokoh negeri Sabah, jika kita dapat memenangi kerusi-kerusi yang kita tandingi.

"Insya-Allah lantikan itu juga turut memberikan tempat untuk tokoh-tokoh Umno Sabah, termasuk dari parti PAS.

"Kita akan berunding dengan rakan-rakan di dalam Perikatan Nasional (PN) untuk memberi tempat kepada rakan-rakan yang lain di dalam parti gabungan," katanya ketika kempen Radu Kukusan Tanjung Batu semalam, seperti dilapor BH Online.

PAS tidak bertanding di mana-mana DUN dalam PRN kali ini walau sebelum ini menyuarakan hasrat untuk bertanding di sepuluh kerusi.

BN menyertai PRN kali ini bersama-sama Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) - dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah.

Bagaimanapun BN dan PBS melanggar persetujuan awal apabila meletakkan lebih calon berbanding yang diumumkan, menjadikan pertembungan mereka meningkat daripada 11 kepada 17 kerusi.

Pada masa sama, Ahmad Zahid juga berkata BN akan mengumumkan tawaran baru dalam manifesto yang akan diumumkan hari ini, melibatkan pembangunan, pendidikan dan ekonomi.

Menurut Bernama, dia juga berkata lebih ramai wanita wajar mendapat lantikan jika BN dan sekutunya menang nanti.

"Tentunya saya merasa kecewa (wanita kurang dicalonkan) namun ada beberapa jawatan lantikan boleh diberikan kepada tokoh wanita," katanya, sambil menjelaskan isu lantikan akan dibincang bersama rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah.

Monday, September 14, 2020

Pas turun ke Sabah bantu PN, BN hadapi Warisan – Takiyuddin

malaysiagazette.com
By Manzaidi Mohd Amin
- 14 September 2020
Takiyuddin menyatakan komitmen Pas Pusat membantu PN dan BN di Sabah.

KUALA LUMPUR – Walaupun Pas tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, tetapi parti itu komited turun padang membantu calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menghadapi calon lawan dari Warisan.

Ini dinyatakan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan selaras dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada ucapan dasar Presiden di Muktamar Pas di Kota Bharu, semalam.

Menurut beliau, keputusan Pas bersetuju secara konsesus memberi laluan kepada PN dan BN bukan bermakna parti itu akan bersara dari politik Sabah, sebaliknya ia bersifat sementara sahaja.

“Langkah kita ambil ini bagi menjayakan hasrat semua parti pembangkang mengelakkan pertandingan tiga penjuru yang boleh menguntungkan pihak lain dalam PRN ini.

“Kita buat keputusan ini juga selepas mengadakan perbincangan dari hati ke hati atas konsep solidariti pembangkang antara semua parti yang ada di Sabah iaitu BN, Bersatu, STAR, PBS dan SAPP,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Pas Sabah dibantu oleh Pas Pusat akan tetap menggerakkan jentera pilihan rayanya atas kapasiti ‘tidak bertanding’.

Namun, katanya, Pas akan memastikan semua pengundinya keluar mengundi bagi menyokong calon PN dan BN.

 – MalaysiaGazette

Sunday, September 13, 2020

Kantoi !!! Rupanya Pas serah kerusi tradisinya di Sabah kepada MCA

mhdaily.net
13/09/2020 12:00 PM


Baru tahu.. Rupanya satu satunya Kerusi tradisi yang PAS kata kuat, ada jentera di Karamunting pun diserahkan kepada MCA dan PBS… Itu kalau pemimpin PAS sendiri tak merungut.. kita pun tak tahu…

Elok lah..Allah nak tunjuk, Kawasan tu Majoriti Bumiputera Melayu.. Tapi diserahkan pada parti Cina MCA, dan Parti Kristian PBS.. tapi takda sapa pun mana mana dari Pejuang Melayu..Ustaz2 hat kata PAS tunduk kepada orang Kapir atau jadi Khadam MCA..

Ingat lagi.. Masa PRK Permatang Pauh, Itu kerusi tradisi Ds Anwar.. Selepas Anwar dipenjara, Ulama PAS siap buat fatwa haram undi Wan Azizah.. Kononnya sebab tolak Hudud.. Bila wartawan tanya Haji Hadi..Haji Hadi s seeolah olah setuju dengan fatwa Ulama PAS permatang pauh, dia jawab cakap no komen..

itu lah Jahatnya Haji Hadi..dalam pada Ds Anwar dizalimi.. sikit pun takda rasa simpati masa tu pada Wan Azizah walaupun Ds Anwar dizalimi dan dipenjarakan….siap arah tarik jentera parti PAS di Permatang Pauh…

Cuma nak bagi tahu, Hat DAP yang hangpa fitnah anti Islam..Satu kerusi PAS dia tak pernah ambil pun.. Siap depa bagi laluan kat PAS kerusi majoriti Cina hanya sebab masa tu nak menangkan calon PAS…

Bila Haji Hadi bergaduh dengan DAP.. bayangkan, walhal DAP cuma lawan MCA dan MIC.. PAS datang kempen tolak DAP..ada kawasan PAS letak calon punya jahat nak bagi DAP Kalah… Itulah wajah jahat dan Khianat PAS..

Tapi hari ini Allah tunjuk.. Bukan saja dari 50 Kerusi UMNO dan Bersatu, Satu pun depa tak bagi PAS.. Kerusi hat sepatutnya PAS bertanding pi bagi kat MCA dan PBS… punya lah teruk sanggup dilacurkan prinsip agama hanya kerana mempertahankan kedudukan jawatan dalam Kerajaan PN….

Asal kewujudan Khawarij ini pun kerana Ghanimah.. berebutkan harta dan kekayaan.. berasa diri mereka suci, kata Nabi watak Dzul Khuwaishirah akan lahir dari benih orang ini kelompok Khawarij.. Sejarahnya ketika Nabi dan Tentera Islam sedang berbahagi Ghanimah…datang puak Dzul Khuwaishirah ini.. Dia katakan pada Nabi..

ÙŠَا رَسُولَ اللَّÙ‡ِ اعْدِÙ„ْ..
Wahai Rasulullah..Berlaku Adil lah…

Rupanya Khawarij ini memang dari dulu berebutkan Ghanimah dan GLC zaman Nabi… sehingga menuduh Nabi yang Amanah itu sebagai tidak adil…

Masa zaman fitnah Khawarij di zaman Saidina Ali.. Saidina Ali pun depa Khawarij Kapirkan.. hanya kerana Saidina Ali tidak gunakan gelaran Amirul Mukminin.. kata, Depa kalau tak panggil amirul mukminin..maka kamu Amirul Kafirin.. mcm sekarang lah, Kalau tak guna label Negara Islam, Dituduh kita sokong Negara Sekular..

Antara ciri Khawarij..sesama Islam depa berbunuhan, dan bertindak keras…. dan dan membiarkan orang yg menyembah berhala..antara ciri kelompok Khawarij yang digambarkan Nabi SAW..

ÙŠَÙ‚ْتُÙ„ُÙˆْÙ†َ Ø£َÙ‡ْÙ„َ اْلإِسْلاَÙ… ÙˆَÙŠَدَعُÙˆْÙ†َ Ø£َÙ‡ْÙ„َْ اْلأَÙˆْØ«َانِ …
” ….Membunuh pemeluk Islam dan membiarkan penyembah berhala.. ”

itu sebab pejuang2 Islam atas nama ISIS ker..Al-Qaeda ker.. Kelompok Khawarij tajaan kelompok Pak wahhab ni..kelompok Takfiri depa bukan hantar atau serang negara Kafir seperti negara India yang menindas di Kashmir, atau Negara China yang menindas etnik Uighur di Xinjiang, mahupun Myanmar yg menindas Etnik Rohingya.. tapi depa dihantar dan muncul di Afganistan, Iraq , Syria dan Yaman di Negara Islam….Depa ni akan hancurkan Negara Islam atas nama Islam…

Tapi kita Ummat Islam kena bersyukur, Dalam gambaran Khawarij dalam sistem demokrasi..Allah zahirkan…berikan gambaran jelas bukan takat gambaran kelompok Ashabiyah.. tetapi bagaimana gambaran hat Nabi bagi tahu kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah..

Ipohmali

Sumber :

PRN Sabah: BN, PN, PBS bertembung di 17 kerusi DUN

Bernama
-September 13, 2020 9:26 AM
Persaingan merebut kerusi DUN Bingkor dan DUN Tambunan menyaksikan penyandangnya Robert Tawik (PN-STAR) dan presiden parti itu Jeffrey Kitingan akan berdepan rakan sekutu gabungan tersebut daripada PBS iaitu Peter Jino Allion dan Silverius Bruno.

KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN), rakan sekutunya daripada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertembung di 17 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) Sabah ke-16.

DUN terbabit adalah Bengkoka, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Tanjung Aru, Kapayan, Moyog, Lumadan, Paginatan, Tambunan, Bingkor, Liawan, Melalap, Tulid, Sook, Telupid dan Karamunting.

Dalam pertembungan 3 sekawan di 17 kerusi itu, antara lokasi yang menarik ialah DUN Bengkoka yang menyaksikan calon BN Harun Durabi, juga bekas naib ketua Pemuda Umno Kudat akan berdepan calon muka baru, iaitu Penolong Setiausaha PBS Banggi, Dr Samuil Mopun dalam pertandingan 11 penjuru.

Pertembungan antara rakan sekutu di DUN Matunggong pula melibatkan penyandang Julita Mojungki daripada PBS akan berdepan dengan Setiausaha Agung Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Richard Kastum yang merupakan calon BN, bagi mempertahankan kerusi tersebut.

Turut menarik tumpuan ialah DUN Tandek yang menyaksikan pertembungan antara calon paling muda dalam edisi kali ini yang mewakili BN iaitu ketua Bahagian PBRS Tandek, Yillson Yanggun ditentang timbalan ketua Bahagian PBS Tandek Hendrus Anding.

Lebih menghangatkan kerusi DUN Tandek apabila penyandangnya Anita Baranting turut bertanding bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam pertandingan 6 penjuru.

Manakala di DUN Kapayan pula menyaksikan Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung mewakili BN, bertembung dengan bekas Adun Kapayan Dr Edwin Bosi daripada PBS dalam pertandingan 7 penjuru.

Bagi DUN Melalap pula, calon BN Jamawi Jaafar akan berdepan calon PBS Radin Malleh yang merupakan timbalan presiden PBS juga bekas Adun Melalap sejak 1999 sehingga 2018 dalam persaingan 6 penjuru yang turut menyaksikan penyandangnya iaitu Naib Presiden Warisan Peter Anthony turut bertanding untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Persaingan merebut kerusi DUN Bingkor dan DUN Tambunan juga akan menjadi tumpuan apabila penyandangnya Robert Tawik (PN-STAR) dan Presiden STAR Jeffrey Kitingan akan berdepan pencabar mereka yang merupakan rakan sekutunya PBS masing-masing diwakili Peter Jino Allion dan Silverius Bruno.

Situasi sama berlaku di DUN Moyog yang menyaksikan calon PN-STAR Joe Suleiman akan bertemu dengan calon PBS John Chryso Masabal dalam pertandingan 7 penjuru yang turut menyaksikan bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Darell Leiking akan bertanding atas tiket Warisan.

PRN ke-16 ini juga menyaksikan satu lagi drama politik antara BN, PN dan PBS apabila kesemuanya bersaing untuk merebut 2 kerusi, iaitu di DUN Paginatan dan DUN Tulid.

PRN kali ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan, termasuk 13 kerusi baru.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Sept sebagai tarikh pengundian, manakala pengundian awal pada 22 Sept.

Muafakat tidak adil, memedihkan, luah wartawan Harakah

Oleh FAZLI RADZI
malaysiadateline.com
September 13, 2020


Biarpun kepimpinan Pas Pusat masih boleh berlapang dada selepas tidak diberi peluang meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini, tidak bagi petugas Harakah.

Wartawan veteran Harakah, Aziz Muda menyelar tindakan Muafakat Nasional (MN) mengetepikan Pas yang sebelum ini berhasrat untuk bertanding 10 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau bahkan merujuk makna muafakat dalam Kamus Dewan yang tegasnya bermaksud seia sekata atau setuju.

“Muafakat jika dirujuk kepada Kamus Dewan bermaksud seia sekata atau setuju. Jika muafakat itu dalam kerangka yang besar hingga ke peringkat nasional, ia dipanggil Muafakat Nasional (MN).

“Dalam PRN Sabah tahun 2020 sekarang, aku tak nampak MN kerana Pas ternyata diketepikan sama sekali,” hujahnya dalam hantaran di Facebook lewat malam tadi.
Sehubungan itu, wartawan berpengalaman lebih 30 tahun berkenaan mengaitkan kubur sebagai lokasi hala tuju permuafakatan dalam MN.

Aziz mengingatkan perasaan ahli Pas yang terguris ekoran rundingan agihan kerusi antara parti rakan di Sabah yang tidak adil itu.

“Justeru aku bertanya, pihak berkenaan hendak bawa ke mana MN ini sebenarnya? Hendak dibawa ke kuburkah?

“Jangan difikir ahli-ahli Pas tidak terasa dengan apa yang dilakukan itu. Ia ternyata satu bentuk muafakat yang cukup tidak adil, tidak setia kawan dan amat memedihkan,” luahnya.

Dalam reaksinya terhadap salah satu komentar di hantaran itu, Aziz menganggap Pas diperalat semasa kempen PRN seolah-olah ahli-ahli parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mempunyai perasaan.

“Lepas tu sama-sama nak harapkan Pas untuk bantu (kempen PRN). Nak pergunakan Pas tapi dalam masa yang sama sama-sama ketepikan Pas.

“Ahli-ahli Pas manusia, tetap ada hati dan perasaan,” keluhnya lagi.

PRN Sabah kali ke-16 pada 26 September ini menyaksikan pertembungan blok Warisan Plus diketuai Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).

Warisan Plus dianggotai parti Warisan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR.

Warisan Plus mengumumkan seramai 66 calon akan ke gelanggang untuk merebut 73 kerusi dipertandingkan manakala seramai 84 calon bakal bertanding mewakili BN, PN dan PBS.

Saturday, September 12, 2020

Nik Abduh: PAS akur gagal capai kata sepakat dengan komponen PN di Sabah

FMT Reporters
-September 12, 2020 12:33 PM
Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kegagalan mencapai kata sepakat berkait calon dalam PRN Sabah tidak akan menjejaskan perancangan parti itu pada masa depan.

PETALING JAYA: PAS menerima dengan terbuka kegagalannya mencapai kata sepakat dengan Umno dan komponen Perikatan Nasional (PN) yang menyebabkan tiada wakil daripada parti itu bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, kata Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ahli Jawatankuasa Pusat PAS itu berkata, walaupun dukacita namun pihaknya berlapang dada , sekali gus memberi bayangan bahawa kegagalan itu tidak akan menjejaskan perancangan parti itu pada masa depan.

“PAS menjunjung politik akhlak yang mulia dan moral tinggi. Sebagaimana insan mulia akhlaknya membina keindahan untuk dirinya, begitulah untuk orang disekelilingnya.

“Ia memancar cahaya buat semua rakan-rakan dan mencetus kegembiraan.

“Mesej PAS ialah rakyat mahukan politik negara yang lebih berintegriti dan sejahtera. Semuanya mesti bermula dengan kesepakatan sesama parti politik. Ia bukan mudah. Ia perlukan perjuangan berterusan. Istiqamah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Nik Abduh yang juga ahli Parlimen Bachok mendakwa ada pihak yang ingin melihat PAS “memberontak” berikutan kegagalan rundingan itu dengan bertanding sendirian dalam PRN Sabah bagi memecahbelahkan kesepakatan dalam PN dan Umno.

“Dengan itu, mereka mendapat senjata paling ampuh (untuk) melakukan serangan sepanjang kempen pilihan raya. Malang buat mereka, PAS memilih jalan kemuliaan.

“Orang menang senyum gembira. Orang kalah asyik mempersenda mengubat duka.

“Mesej dan matlamat perjuangan kekal dipertahankan. PAS gembira melihat parti-parti rakan memasuki pilihan raya dengan penuh kesatuan.

“Semoga menang dan berjaya buat Umno dan rakan-rakan di Sabah,” katanya yang mengesahkan akan hadir berkempen dalam PRN Sabah.

Semalam, Presiden PAS Abdul Hadi Awang dipetik berkata bahawa parti itu memberi laluan kepada rakan dalam gabungan PN bagi memastikan pertandingan 2 penjuru berjalan dalam PRN Sabah.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik pada masa akan datang.

Proses penamaaan calon bagi PRN Sabah yang dijadualkan akhir bulan ini tamat pagi tadi bagi merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri, termasuk 13 kerusi baru.

Seramai 1.12 juta pengundi layak mengundi dalam pilihan raya kali ini.

Muhyiddin umum pembentukan Gabungan Rakyat Sabah hadapi Warisan dalam PRN

Willie Jude
-September 12, 2020 9:19 AM
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan.
 (Gambar Bernama)

TUARAN: Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin hari ini, mengumumkan parti pembangkang yang menentang Warisan serta sekutunya pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah.

Katanya, Gabungan Rakyat Sabah adalah terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Semalam kami duduk bersama semua parti yang sudah sepakat untuk berjuang bagi membolehkan Sabah ini dibela, dibangunkan.

“Keputusan yang dicapai ialah menamakan gabungan parti yang ada sebagai Gabungan Rakyat Sabah.

“Ini tanda bahawa kami bersatu hati untuk bersama-sama membentuk kerajaan pada 26 Sept nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena penamaan calon pengerusi PPBM Sabah, Hajiji Noor yang juga calon PN di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, di pejabat PPBM Tuaran, hari ini.

Turut hadir ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan.

Muhyiddin berkata, Gabungan Rakyat Sabah akan memastikan kesemua parti dalam gabungam itu bekerjasama sebagai satu pasukan

“Setiap peringkat ahli parti, ketepikan segala perselisihan dulu untuk bentuk semangat baru, semangat itu ialah semangat Gabungan Rakyat Sabah.

“Kita mesti bekerjasama dengan Umno, PBS, SAPP, STAR, PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) dan MCA kerana 1 parti tidak mungkin akan menang, Gabungan Rakyat Sabah sahaja yang boleh membentuk sebuah kerajaan yang kuat.

“Kita mahu Sabah bangun lebih pesat. Kalau dipimpin oleh Gabungan Rakyat Sabah tentunya jauh lebih hebat daripada Warisan, mereka tidak mungkin dapat menandingi kekuatan kita kerana di (kerajaan) pusat saya perdana menteri dan di Sabah juga mesti sama (haluan dengan kerajaan pusat),” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-